Monday 21 May 2018

5 Tips for Surprise Mini Birthday Party at Me Nate, Bangi

Salam sejahtera semua.

Setiap tahun pada bulan Desember, terdapat 2 tarikh yang memberikan seribu satu makna kepada kami sekeluarga; tarikh kelahiran saya dan juga si isteri.

 

Pada tahun lepas (tahun 2017), sekali lagi saya membuat kejutan kepada isteri yang tercinta dengan membuat Surprise Birthday wishes kepadanya.

Bagaimanakah saya membuatnya? Jom saya kongsikan dengan anda semua.


~ Tips for Surprise Birthday Party at Me Nate, Bangi - The Tips ~

 

Tips 1: Knowing your table number

Mengetahui nombor meja anda adalah sangat penting untuk proses penghantaran kek yang anda akan pesan nanti. Biasanya anda akan ditempatkan mengikut availability meja tersebut, bermula dari tingkat bawah.

Sekiranya tingkat bawah sudah penuh, maka anda akan ke tingkat 1 yang mempunyai lebih banyak tempat duduk. Bagus business Me Nate ni~


Tips 2 : Ordering the Birthday Cake

Terdapat pelbagai jenis kek yang disediakan di Me Nate Bangi ini, dimana anda boleh membuat pilihan jenis kek yang anda inginkan. Namun, apabila saya mengoder kek mangga, apa yang kami dapat adalah kek blueberry.

Namun, saya tidak kisah kerana kek Hari Lahir ini adalah Complementary daripada Me Nate itu sendiri. Alhamdulillah syukur~~

 

Tips 3 : Other Request

Anda juga boleh membuat request samada inginkan lagu "Happy Birthday" ataupun tidak. Jika sambutan Hari Lahir ini tidak ada sebarang lagu, namun tidak meriah lah. Betul tidak?

Selain daripada lagu Hari Lahir, anda juga boleh request untuk lilin yang akan diletakkan di atas kek tersebut. Biasanya Me Nate akan memberikan sebatang lilin, namun sekiranya anda inginkan lebih banyak lilin di atas kek tersebut, bawalah dari rumah~


Tips 4 : Pre-Order?

Untuk menyambut Hari Lahir secara kecil-kecilan, anda tidak perlu menalifon Me Nate untuk Pre-Order. Anda boleh terus membuat pesanan pada kaunter kek tersebut. Disebabkan saya hanya buat secara kecil-kecilan, maka kami tidak membuat pesanan terlebih awal.

 

Tips 5 : Getting your Main Dish

Untuk mendapatkan hidangan Hari Lahir (Birthday Cake), sudah semestinya anda harus membuat pesanan makanan terlebih dahulu. samada hidangan berbentuk goreng-goreng, burger dan lain-lain.

Ianya tidak semestinya hidangan steak~

**********

Diharap sedikit perkongsian dari saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di dalam membuat perancangan untuk sambutan Hari Lahir orang yang tercinta anda.

Sampai disini sahaja perkongsian anda. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment