Monday 14 May 2018

Nasi Kerabu Golok Tanah Merah, Kelantan Review

Berada di Negeri Kelantan, selain daripada makanan tempatan yang seringkali kita dengar seperti Nasi Dagang, terdapat juga sejenis hidangan yang berunsurkan nasi yang terkenal di sini, diberi nama Nasi Kerabu.

 

Terletak di kawasan Tanah Merah, Kelantan terdapat sebuah gerai yang menyediakan hidangan Nasi Kerabu yang agak terkenal dengan rakyat tempatan; Nasi Kerabu Golok Cherang Lali.

Tanpa membuang masa, jom kita rasa nasi kerabu yang disediakan disini, menjadi santapan sarapan pagi kami.


~ Nasi Kerabu Golok Tanah Merah, Kelantan Review ~

 

Disini tidaklah menyediakan hidangan yang banyak kerana ianya disediakan untuk orang kampung (tambahan pula jalan untuk ke gerai ini adalah jalan kampung, bukannya jalan besar).

Namun, keunikan hidangan yang disediakan disini ternyata dapat menggugat iman kami semua.


~ Nasi Kerabu Golok Tanah Merah, Kelantan Review - The Nasi Kerabu ~

 

Faktor penyebab nasi kerabu ini menjadi sedap adalah diatas kehadiran sejenis sos yang diberi nama "Budu". Rasanya yang agak masam ini memberikan satu keunikan dan kelainan kepada hidangan Nasi Kerabu di sekitar Kelantan.

Selain daripada kehadiran Budu, terdapat juga beberapa hidangan rasmi yang patut ada di dalam Nasi Kerabu ini seperti sayuran potong halus, kelapa parut yang telah digoreng, Nasi yang berwarna biru, sos cili (untuk yang sukakan pedas), Telur masin dan beberapa keping keropok.

Ada juga hidangan seperti Solok Lada yang menjadi kebiasaan untuk dimakan bersama, namun sewaktu kami tiba di sini, Solok Ladanya sudah habis.

**********

 

Bagi sahabat kami yang pertama kali merasai hidangan Nasi Kerabu ini, ayat yang terkeluar dari mulutnya adalah "Uish.. Sedapnya.."

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post-post yang lain. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment