Friday 25 May 2018

RedCard Bangi Review

Di sekitar kawasan Bangi memang terdapat pelbagai jenis kedai-kedai makan dan juga restoran yang menyediakan hidangan yang sedap dan lazat, dimana salah satu restoran ini adalah RedCard yang terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

 

Di Restoran RedCard ini menyediakan hidangan-hidangan fusion diantara hidangan dari Malaysia dan juga hidangan Western seperti Chicken Chop, Spaghetti dan macam-macam lagi.

Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan dengan anda hidangan-hidangan yang menjadi pilihan kami yang datang ke restoran ini.



~ RedCard Bangi Review - The Environment ~


 

Sebelum saya berkongsi dengan anda makanan-makan yang mengiurkan anda, saya kongsikan dulu tentang suasana yang anda boleh rasai di sini.

Suasana di dalam Restoran RedCard ini agak unik, memberikan sebuah tema yang agak ekslusif kepada para tetamu yang datang untuk menikmati hidangan di sini.

Dengan keluasan seluas dua buah kedai yang digabung, jumlah para pelanggan yang boleh makan di dalam suatu masa boleh melebihi 20 buah keluarga.


~ RedCard Bangi Review - Maryland Fried Rice ~


 

Apabila Nasi Goreng ala-ala Nasi Goreng Cina ini digabungkan dengan ayam dari Chicken Chop, maka terhasillah hidangan yang diberi nama Fried Rice Maryland.

Nasi yang dihidangkan ini tidak pedas, dan amat sesuai untuk dijadikan hidangan bagi kanak-kanak. Tambahan pula, kehadiran ayam goreng dan coleslaw ini memberikan satu lagi lauk yang boleh mereka makan bersama-sama.

Harga untuk satu hidangan Nasi Goreng Maryland ini adalah RM 18.50 sahaja.


~ RedCard Bangi Review - Sundried Tomato and Beef Spaghetti ~


 

Hidangan ini adalah merupakan hidangan yang sangat disukai oleh si isteri, lebih-lebih lagi ketika beliau mengandungkan anak kami yang kedua, Izzat.

Menurutnya, hidangan ini tidak memuakkan disebabkan rasa masam-masam daripada tomato yang telah dikeringkan. Ketika si isteri sedang mengandung, memang makanan ini sahaja yang dia boleh makan.
Harga untuk satu hidangan Sundried Tomato and Beef ini adalah RM 15.00 sahaja.


~ RedCard Bangi Review - RedCard Fried Rice ~

 

Sama seperti Nasi Goreng Cina, yang membezakan hidangan RedCard Fried Rice ini adalah kehadiran beberapa ketul udang, cebisan kecil ayam dan juga papadom.

Kuantitinya yang sangat banyak memang dapat memuaskan hati, jiwa dan perasaan kelaparan para pelanggan yang memesan hidangan ini. Harga untuk satu hidangan RedCard Fried Rice ini adalah RM 15.00 sahaja.


~ RedCard Bangi Review - Lamb Chop ~

 

Lamb Chop ini tidak asing lagi menjadi pilihan penggemar-penggemar daging kambing, dihidangkan dengan Mashed Potato yang dibuat sendiri serta sos black pepper.

Harga untuk satu hidangan Lamb Chop ini adalah RM 25.00 sahaja.


~ RedCard Bangi Review - Soup of the Day ~

 

Hidangan ini hampir sama dengan hidangan-hidangan di restoran-restoran yang lain, namun ianya sedikit berbeza dimana hidangan Soup of the Day di RedCard ini didatangi dengan Roti French dan juga hirisan kecil daging lembu.

Harga untuk satu hidangan Soup of the Day ini adalah RM 7.50 sahaja.


~ RedCard Bangi Review - Pad Thai ~

 

Hidangan Pad Thai ini tidak asing lagi bagi peminat-peminat hidangan Thai, dimana ianya adalah Kuey Teow Goreng yang amat terkenal di Thailand.

Berbeza dengan hidangan Kuey Teow Goreng di Malaysia, hidangan Pad Thai ini mempunyai hidangan tambahan; iaitu Kacang Tanah yang telah ditumbuk. Jika dimakan bersama-sama dengan Kuey Teow, memang melazatkan.

Harga untuk satu hidangan Pad Thai ini adalah RM 15.00 sahaja.


~ RedCard Bangi Review - Oreo Milkshake ~

 

Air Oreo Milkshake yang dihidangkan di sini memang sedap, terasa kepekatan biskut oreo yang diblend bersama-sama dengan susu dan ais untuk menjadi milkshake. Penggemar milkshake pasti tidak kecewa dengan Oreo Milkshake yang disediakan disini.

Harga untuk satu hidangan Oreo Milkshake ini adalah RM 10.00 sahaja.

**********

 

Restoran ini adalah salah satu restoran yang harus anda cuba apabila anda berada di sekitar Bandar Baru Bangi. Kelazatan dan kesedapan setiap hidangan di sini sudah pasti tidak akan mengecewakan anda.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~

 
Izzat: Saya sudah cuba, anda bila lagi?

No comments:

Post a Comment