Monday 28 May 2018

Serai Restaurant Shaftbury Review

Di sekitar Cyberjaya dimana tempat saya mencari sumber rezeki ini mempunyai pelbagai jenis variasi kedai-kedai makanan yang unik, sedap dan menarik.

 

Di Shaftbury Cyberjaya terdapat sebuah restaurant yang menyediakan makanan yang unik, diberi nama Serai Restaurant dimana ianya tidak lagi asing bagi penduduk-penduduk disekitar ini.

Adakah makanan dan minuman yang disediakan disini semuanya berasaskan Serai? Jom saya kongsi dengan anda hidangan yang kami pesan disini.


~ Serai Restaurant Shaftbury Review - The Menu ~

 

Di Serai Restaurant yang terletak di Shaftbury ini banyak menyediakan hidangan fusion diantara Western dan juga Malaysian.

Harga-harga makanan yang ditawarkan disini juga adalah agak mahal, tetapi adakah ianya berpatutan dengan rasa makanan yang disediakan disini?


~ Serai Restaurant Shaftbury Review - Nasi Ulam Ayam Bakar ~

 

Nasi yang digaul dengan ulam-ulaman seperti Kacang panjang, Kubis dan daun sup, disertakan dengan keropok garing, acar sayur dan tidak dilupakan Ayam Bakar disaluti dengan sos cili ini sudah pasti menjadikan hari anda ceria (bagi peminat ulam-ulaman).

Disertakan sekali sambal pencicah (sambal cili dan sambal kicap), hidangan yang berharga RM 23.00 pasti mempunyai peminatnya yang tersendiri.


~ Serai Restaurant Shaftbury Review - Serai Platter ~


 

Serai Platter ini adalah merupakan hidangan yang unik di Restaurant Serai, dimana ianya dihidangkan dengan Nasi, Jeruk Sayuran, Ayam Goreng, Daging Kambing, dan juga Sotong Goreng.

Hidangan yang mengiurkan ini hanya berharga RM 27.00 untuk satu hidangan.


~ Serai Restaurant Shaftbury Review - Nasi Kerabu ~


 

Rakyat Terengganu dan juga Kelantan sudah semestinya memesan hidangan yang mereka gemari, iaitu Nasi Kerabu. Di dalam hidangan Nasi Kerabu di Restaurant Serai ini mempunyai Solok Lada, Ayam Bakar, Keropok garing, Sayur Ulam, Telur Masin, Sos Cili dan yang paling utama adalah Budu.

Harga untuk satu hidangan ini adalah RM 23.00 sahaja.


~ Serai Restaurant Shaftbury Review - Spaghetti Mussles ~


 

Kepada peminat Spaghetti dan juga Kupang, hidangan ini amat sesuai untuk anda. Spaghetti yang disediakan dimasak dengan tomato (ala-ala Spaghetti Bolognese), disertakan dengan beberapa Kupang bakar dan French Toast Bakar ini ternyata menjadi hidangan yang lazat.

Hidangan Spaghetti Mussles ini hanya berharga RM 28.00 sahaja untuk satu hidangan.

~ Serai Restaurant Shaftbury Review - Special Drinks ~
Terdapat pelbagai jenis menu minuman yang disediakan disini, dimana kebanyakan minuman yang biasa kita minum di kedai-kedai mahupun restoran-restoran yang lain ditingkatkan lagi kesenian dan diolahkan oleh Restaurant Serai untuk menjadi lebih menarik dan lebih sedap.

Berikut adalah beberapa jenis minuman yang telah kami pesan di Restaurant Serai ini.


 
Hazelnut Chocolate Shake (RM 13.00)~

 
Serai Ice Tea (RM 14.00)~

 
Rosey Fizz (RM 10.00)~

 
Orange Blast rasanya (RM 13.00)~

 
Banana Blitz kot (RM 13.00)~

 
Apple Juice (RM 12.00)~


**********

Pengalaman menikmati hidangan di Restaurant Serai yang terletak di Shaftbury ini memang menjadi satu pengalaman yang amat berharga bagi kami yang seringkali menikmati hidangan yang murah setiap hari.
Sekali-sekala menikmati hidangan yang mahal seperti di Restaurant Serai di Shaftbury ini dapat memberikan kepuasan kepada kami.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment