Friday 4 May 2018

Eureka Snack Bar Review

Diantara pelbagai jenis makanan ringan yang boleh didapati di Malaysia, Eureka Snack Bar yang menjual Popcorn adalah merupakan salah sebuah makanan ringan yang menjadi buruan kami setelah kami mengenali dan merasainya baru-baru ini.

 

Rasanya jauh berbeza jika dibandingkan dengan Popcorn yang biasa kita dapati di Panggung Wayang, mahupun beberapa kedai Popcorn yang lain.

Apakah yang membezakan Eureka Snack Bar ini dengan kedai-kedai snek yang menyediakan hidangan yang sama?


~ Eureka Snack Bar Review - Its Locations ~

 

Kiosk Eureka Snack Bar yang menjual popcorn yang mempunyai pelbagai jenis perisa ini tidak terlalu banyak di kawasan Lembah Klang, dan bukannya boleh didapati di pusat-pusat membeli-belah yang biasa.

Antara lokasi-lokasi kiosk Eureka Snack Bar yang anda boleh dapati di dalam kawasan Lembah Klang adalah seperti berikut.


|  Sunway Piramid Mall  |  Berjaya Times Square  |  Mid Valley Megamall  |  One Utama Shopping Centre  |  Pavilion Kuala Lumpur  |  Paradigm Mall  |  Sunway Velocity Mall  |  Central Market  |


Lokasi-lokasi untuk kiosk Eureka Snack Bar yang terletak di luar Lembah Klang pula adalah seperti berikut.


|  Plaza Gurney, Penang  |  1 Borneo Hypermall, Sabah  |  Johor Bharu City Square, Johor  |  Genting Sky Avenue, Pahang  |  Queensbay Mall, Penang  |  Imago Shopping Mall, Sabah  |  First World Plaza Genting, Pahang  |  City Mall, Sabah  |


~ Eureka Snack Bar Review - Popcorn Variety ~

 

Terdapat lebih daripada 15 jenis perasa popcorn yang dijual disini, dimana anda boleh merasai kesemuanya dan membuat pilihan yang tepat berdasarkan kepada perasa yang digemari.

Diantara perasa-perasa yang dihidangkan sebagai tester di setiap Kiosk Eureka Snack Bar adalah seperti berikut.


Standard Popcorn
|  Caramel  |  Seaweed  |  Cheese  |  Sweet Tomato  |  BBQ  |  Original (Sea Salt)  |  Wasabi  |  Curry  |  Cocoa Malt  |  Dark Chocolate  |  Sour Cream & Onion  |


Premium Popcorn
|  Durian  |  Butter Caramel  |  Cereal + Butter Caramel  |  Flossy Salted Egg  |


~ Eureka Snack Bar Review - Its Price ~

 

Harga untuk setiap Popcorn adalah berbeza, dimana harga untuk Standard Popcorn adalah lebih murah jika dibandingkan dengan Premium Popcorn.

Standard Popcorn
Paper Can = RM 8.40 per can
Vacuum Pack = RM 12.90 per pack


Premium Popcorn
Durian = RM 18.90 per paper can
Butter Caramel = RM 14.80 per paper can
Cereal + Butter Caramel = RM 14.80 per paper can


Namun, sekiranya anda membeli dengan kuantiti yang banyak, anda akan mendapat free gift. Kuantitinya adalah 6 Vacuum Pack, dan anda akan menerima free gift sebanyak 2 Baby Can, 1 Paper Can dan 1 Rice Cracker Original.

Untuk Free Gift, anda boleh memilih perisa yang anda mahukan, namun anda tidak dapat memilih perisa untuk Rice Cracker Original kerana ianya adalah standard.

**********

Adakah anda sudah mencuba popcorn yang dijual di Eureka Snack Bar ini? Jikalau anda masih belum mencuba, anda harus mencubanya walaupun hanya tester kerana apabila anda sudah mencuba, anda pasti tergila-gila seperti isteri saya. Huhuhu~

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment