Wednesday 23 May 2018

Cendol Durian Borhan Pasir Penambang Review

Selepas Kuala Selangor daripada arah Klang ke Teluk Intan, terdapat sebuah kedai yang menyediakan hidangan-hidangan yang lazat di sebelah kanan jalan utama ini; yang dikenali sebagai Cendol Durian Borhan yang terletak selepas Pekan Pasir Penambang.

 

Lokasi ini amat terkenal, lebih-lebih lagi pada para Bikers yang mengharungi pelbagai lokasi dan kawasan untuk menikmati hidangan yang menarik di sini.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti Surau, Toilet dan juga tempat makan, jom saya kongsikan dengan anda makanan-makanan pilihan yang harus anda cuba di sini.


~ Cendol Durian Borhan Pasir Penambang Review - The Menu ~

 

Di sini terdapat lebih daripada 10 jenis menu yang anda boleh pilih, daripada variasi jenis Cendol, Char Kuey Teow, Rojak dan lain-lain lagi.

Meja-meja dan juga kerusi-kerusi yang disediakan disini juga memang banyak, dimana anda pasti dapat duduk dan menikmati hidangan yang disediakan disini. Namun, terdapat beberapa ketika dimana kehadiran pelanggan yang banyak menyebabkan tidak ada meja yang kosong.


~ Cendol Durian Borhan Pasir Penambang Review - The Cendols ~

 

Terdapat lebih dari 5 jenis Cendol yang disediakan di Cendol Durian Borhan Pasir Penambang ini. Antara yang menarik perhatian kami adalah kehadiran Cendol Durian yang dihidangkan disini (seperti di dalam gambar dibawah).

 

Sama seperti cendol yang biasa kita makan, berintikan kekacang, jeli cendol, santan dan beberapa lagi kandungan yang lain, pati durian yang diletakkan bagi menu Cendol Durian ini memang mengiurkan.


~ Cendol Durian Borhan Pasir Penambang Review - Char Kuey Teow ~

 

Char Kuey Teow yang disediakan disini juga sungguh sedap, kaya dengan rasa yang sepatutnya ada pada hidangan Char Kuey Teow ini. 

Kuantiti Kuey Teow yang banyak di dalam hidangan ini masih tidak mencukupi diatas kesedapan yang diberikan oleh hidangan ini, menyebabkan saya memesannya lagi.


~ Cendol Durian Borhan Pasir Penambang Review - Bakso ~

 

Selain daripada hidangan tempatan, di Cendol Durian Borhan juga menyediakan hidangan masakan Indonesia (ini adalah kebanyakan penduduk di sekitar ini adalah Orang Jawa).

Supnya yang tidak pekat, namun mempunyai rasa yang agak pekat ini sudah semestinya menjadi hidangan yang sesuai bagi mereka yang inginkan hidangan bersup.

**********

Terdapat banyak lagi hidangan-hidangan yang menarik yang disediakan di Cendol Durian Borhan Pasir Penambang ini. Insyaallah akan saya kongsikan dengan anda (dengan mengemaskini post ini) kelak.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment