Monday 7 May 2018

Relax Cafe Maggi Ketam Kota Bharu Review

Terdapat beberapa kedai di Kota Bharu yang menyediakan hidangan Mee Maggi Ketam, tetapi sahabat-sahabat saya yang duduk di sini mencadangkan kami untuk makan Meggi Ketam di Relax Cafe Maggi Ketam, Kota Bharu.

 

Saya dimaklumkan bahawa Maggi Ketam di sini adalah lebih sedap jika dibandingkan dengan Maggi Ketam yang dihidangkan di kedai yang lain. Adakah ianya benar?

Ayuh saya kongsi dengan anda semua hidangan Maggi Ketam yang kami makan disini.


~ Relax Cafe Maggi Ketam Kota Bharu Review - Useful Information ~

 

Relax Cafe Maggi Ketam ini tidak sukar untuk dicari, lebih-lebih lagi dengan menggunakan Waze. Ianya berhampiran dengan Tesco Kota Bharu sahaja.

Relax Cafe Maggi Ketam ini mula beroperasi tepat pada jam 4.44 petang dan tamat operasinya pada 1.11 pagi (memang nampak menarik waktu operasinya). Selain daripada hari Rabu, hari-hari yang lain dibuka seperti biasa.


~ Relax Cafe Maggi Ketam Kota Bharu Review - The Menu ~

 

Di Relax Cafe Maggi Ketam, Menu yang Special sudah semestinya adalah Maggi Ketam, namun harga untuk Maggi Ketam adalah berbeza mengikut berat ketam tersebut. Dikatakan bahawa harga per gram adalah RM 8.00 (kalau lihat pada menu), namun ianya adalah tersalah cetak.

Harga yang sebenarnya saya kurang pasti disebabkan makanan ini dibelanja oleh orang lain. Saya hanya mampu makan sahaja.


~ Relax Cafe Maggi Ketam Kota Bharu Review - Maggi Ketam ~

 

Inilah rupa Maggi Ketam yang disediakan di Relax Cafe Maggi Ketam Kota Bharu ini, terdiri daripada Ketam, Maggi, Telur, Fishball dan beberapa jenis kerang. Apa yang menyebabkan hidangan ini menarik dan menjadi sedap adalah kuahnya.

 

Rasa kuah ini seakan-akan rasa masak merah (memang terasa sos cili dan tomato yang digunakan), namun ianya adalah cair dan memang sedap untuk dihirup. 

Namun, Maggi yang disediakan tidak berapa masak sepenuhnya, dimana ianya memberikan anda rasa keranggupan ketika memakan hidangan ini.

 

Selain daripada hidangan ini, Relax Cafe ini juga menyediakan penukul dan juga pinggan kosong (beserta sudu dan garfu) untuk anda membedah dan mengetuk kulit Ketam yang anda dapat bersama dengan hidangan ini.

**********


Sejujurnya, saya merasakan bahawa hidangan Maggi Ketam yang disediakan di Relax Cafe ini memang lazat dan kuahnya juga tidak terlalu pekat untuk dihirup. Anda harus mencuba hidangan ini jika anda ke Kota Bharu kelak.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment