Friday 18 May 2018

Homst Recipe Chinese Muslim Review

Terdapat lambakan kedai-kedai dan restoran-restoran yang menyediakan hidangan Chinese Muslim di sekitar Malaysia, namun setiap kedai ini juga menyediakan hidangan yang boleh dikatakan sebagai hidangan yang hanya boleh didapati (atau hidangan yang unik) seperti di Homst Recipe ini.

 

Di Homst Recipe ini mempunyai sebuah hidangan yang sangat dikenali ramai, dan juga menjadi hidangan kegemaran isteri saya iaitu Mango Sago Lolo.

Bagaimanakah rupa hidangan ini, dan mengapakah hidangan ini menjadi rebutan ramai peminat Mangga?


~ Homst Recipe Chinese Muslim Review - The Menu ~

 

Terdapat lebih daripada 40 variasi makanan dan juga minuman yang boleh didapati dan diperolehi di Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine ini, dimana ianya berasaskan hidangan Chinese Muslim seperti Dumpling, Nasi Ayam Hainan dan lain-lain lagi.

Tanpa membuang masa, saya teruskan perkongsian saya kepada menu yang unik boleh didapati di Homst Recepi ini terlebih dahulu, iaitu Mango Sago Lolo.


~ Homst Recipe Chinese Muslim Review - Mango Sago Lolo ~

 

Makanan yang menjadi pujaan penggemar makanan yang berasaskan Mangga, iaitu Manggo Sago Lolo. Kandungannya yang kaya dengan rasa Mangga ini memang sungguh sedap, bergantung kepada kesegaran buah-buahan yang dimasukkan di dalamnya.

Antara kandungan hidangan Mango Sago Lolo ini adalah Manggo Blended, Susu Cair, potongan mangga, biji sagu dan juga krim. Harga untuk satu hidangan ini adalah RM 7.20 sahaja.


~ Homst Recipe Chinese Muslim Review - Silver Anchovies Fried Rice ~

 

Silver Anchovies Fried Rice atau di dalam Bahasa Malaysianya, Nasi Goreng Ikan Bilis ini amat sesuai untuk dijadikan hidangan bagi kanak-kanak yang tidak suka akan kepedasan di dalam sesuatu masakan atau makanan, hanya berharga RM 11.00 sahaja.

Terdapat banyak lagi jenis makanan yang tidak pedas disediakan di sini untuk anak-anak anda.


~ Homst Recipe Chinese Muslim Review - Kong Po Chicken Rice ~

v

Atau lebih dikenali sebagai Ayam Masak Kicap, Kong Po Chicken Rice ini mengandungi beberapa cili kering yang secara tidak langsung memberikan kepedasan kepada yang memesannya. Selain dari cili kering, hidangan ini juga mempunyai beberapa sayuran seperti bawang, halia dan daun bawang.

Meskipun ianya tidak mempunyai kuah, namun ianya memang cukup lazat jika dimakan bersahaja dengan nasi putih. Harga untuk satu hidangan ini adalah RM 12.60 sahaja.


~ Homst Recipe Chinese Muslim Review - Crispy Taufu ~
 

Terasa ingin merasai Crispy Taufu yang menjadi buah mulut di kalangan makcik-makcik bawang di office si isteri menyebabkan kami memesan hidangan ini.

Rasanya yang agak sama dengan hidangan Fish Cake ini juga lazat, tambahan pula dengan sos pencicahnya yang mempunyai rasa kemasinan. Harga untuk Regular Size ini adalah RM 16.00.

**********

Terdapat banyak lagi hidangan-hidangan yang menarik yang boleh diterokai di kedai Homst Recipe Chinese Muslim ini, akan saya kongsikan dengan anda sekiranya saya mencuba hidangan-hidangan yang lain.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment