Apabila pulang ke kampung halaman si isteri yang terletak di Sekinchan, kami seringkali terlihat Restoran Dangau Rimba yang terletak di Tanjung Karang ini namun kami beranggapan bahawa kedai ini adalah kedai biasa sahaja.
Tetapi, apabila seringkali lalu di kawasan ini, hati mula memujuk untuk menyinggah di Restoran Dangau Rimba ini, tidak disangka pula ianya menyediakan banyak hidangan yang mengikut citarasa penduduk setempat.
Tanpa membuang masa lagi, saya kongsikan hidangan-hidangan lazim yang biasanya disediakan Restoran Dangau Rimba yang terletak di Tanjung Karang ini.









