Monday 26 November 2018

Warung Ais Tingkap Tamil Road Butterworth Penang Review

Telah berjaya menjadi viral baru-baru ini di Pulau Pinang, Ais Tingkap telah menjadi salah sebuah lokasi dan pusat persinggahan kepada para pelancong untuk merasai keunikkan hidangan yang disediakan disini.

 

Lokasi Warung Ais Tingkap yang original ini terletak di Tamil Road Butterworth, dimana memang sukar bagi kami untuk mencari kedai ini disebabkan kesesakan lalu lintas dan juga kekurangan tempat parkir kenderaan disini.

Setelah hampir 10 minit berpusing-pusing disekitar kawasan ini, akhirnya kami telah berjaya mencari tempat parkir dan meneruskan berjalan kaki menghala ke Warung Ais Tingkap ini.


~ Warung Ais Tingkap Tamil Road Butterworth Penang Review - The Main Menu ~

 

Disebabkan perasaan ingin tahu, kami menyanggupkan diri kami untuk beratur juga di sini, meskipun kami juga melihat beberapa orang yang kelihatan seperti orang yang penting datang dan terus memotong barisan.

Bukannya ingin menjadi racist, tetapi kepada mereka yang terasa diri mereka itu penting, ingatlah juga mereka yang sedang beratur ini.

 

Merujuk kepada gambar diatas, terdapat pelbagai lagi jenis menu yang disediakan di Warung Air Tingkap Tamil Road ini seperti Air Lemon, Ais Kacang, Laici Kang dan juga hidangan Cendul.

Selain daripada nama Ais Tingkap, ia juga turut dikenali sebaga Ais Sarbat.


~ Warung Air Tingkap Tamil Road Butterworth Review - Ais Tingkap @ Ais Sarbat ~

 

Ais Tingkap atau Ais Sarbat ini mengandungi pelbagai jenis ramuan, yang menjadikan ianya mempunyai rasanya yang unik. Namun, apa yang menyedihkan kami disini adalah Warung ini hanya mempunyai seorang sahaja pekerja yang menyediakan minuman disini, yang lain adalah pelayan.

 
 
Ais Tingkap @ Ais Sarbat
RM 2.50 (Minum) / RM 3.00 (Bungkus)

Setelah hampir 20 minit beratur disini, maka akhirnya kami dapat juga Ais Tingkap ini. Terdapat sedikit perbezaan dari segi harga yang ditawarkan jika anda ingin minum disini dan juga jika anda ingin membungkusnya (perbezaan sebanyak 50 sen sahaja).

Nampak menarik bukan, minuman yang dikenali sebagai Ais Tingkap ini. Kandungan bagi Ais Tingkap ini terdiri daripada Air Gula (berperasa pandan), Biji Selasih, Kordial Sirap, Air dan Isi Kelapa, Ais yang telah dikisar (Ais Kepal) dan yang paling penting di dalam menu ini adalah Air Rempah.

Rasa bagi minuman Ais Tingkap ini agak mild dari segi air kelapa dan juga air gulanya, namun rasa yang sederhana dapat dirasai dari Air Rempah yang telah menjadi ramuan istimewa di dalam menu Ais Tingkap ini.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment