Friday 16 November 2018

Changsha Business Trip (Part 11) - Guangzhao Int Airport to Kuala Lumpur

Perjalanan dari Guangzhao Service Apartment ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao ini penuh dengan dugaan dan peristiwa yang menarik berlaku pada kami.

 

Meskipun penerbangan Southern China Airlines ini terletak di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao, pemandu Shuttle Bus dari Service Apartment yang kami duduki ini memaksa kami turun di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao.

Maka, bermulalah sesi pengembaraan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao.



~ Guangzhao International Airport - From Terminal 1 to Terminal 2 ~

 

Sewaktu kami memasuki Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao, satu pengalaman bagi kami dimana sebuah pemeriksaan keselamatan telah dijalankan oleh pihak pengurusan lapangaan terbang yang dikenali sebagai Security Inspection for Anti-Explosive Materials kepada setiap orang.

Dari Terminal 1, setelah bertanya kepada pihak pengurusan lapangan terbang, untuk ke Terminal 2 kami terpaksa keluar semula ke Pintu bernombor 10 yang terletak di Terminal 1 (Terminal 2 dikendalikan oleh Soutern China Airlines, sama seperti KLIA2 yang dikendalikan oleh AirAsia).

Setiba kami di Terminal 2, kami diturunkan di pintu bernombor 43 bergantung kepada bas transit yang membawa kami ke Terminal 2 ini (untuk pengetahuan, bas transit ini disediakan secara percuma sahaja).


~ Guangzhao International Airport - Terminal 2 ~

 

Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao ini sangat besar, mempunyai lebih daripada 150 pintu pelepasan yang mengambil masa lebih daripada 15 minit berjalan kaki untuk tiba di pintu yang terjauh. 


 

Oleh itu, memang wajar bagi para penumpang untuk datang awal dan bergerak melepasi imegresen dan pemeriksaan bagasi terlebih dahulu seawal yang mungkin.


 

Sementara menanti tibanya waktu penerbangan kami ke Kuala Lumpur, adalah wajar bagi kami menghabiskan duit Yuan yang telah ditukar di Malaysia dengan membeli buah tangan disini serta mencuba sebanyak mana perkara yang anda tidak boleh dapat di Malaysia.


~ Guangzhao International Airport - Buying Souvenir ~


 

Di sinilah tempat kami menghabiskan duit Yuan yang telah kami tukar di Malaysia, dengan membeli pelbagai jenis buah tangan untuk sahabat-sahabat ofis dan juga untuk kegunaan peribadi.

Dibawah adalah beberapa barangan yang ditawarkan dan dijual di kedai ini.


 
 
 

Melihat kepada kecomelan barangan yang ditawarkan di kedai ini, maka saya telah memilih beberapa barangan untuk dibeli dan dibawa pulang sebagai buah tangan.

 

Diatas adalah gambar hasil tangkapan yang telah berjaya dilakukan di kedai, terdiri daripada 10 batang pen buluh panda, patung panda, dan pensil panda yang mempunyai pemadam berbentuk panda. Segala-galanya adalah panda bagi saya ketika berada di China.


Harga bagi setiap barangan diatas dihuraikan seperti dibawah.



Harga Buah Tangan dari China

Patung Panda = 100 Yuan (RM 60.00)

Pen Buluh Panda = 20 Yuan (RM 12.00)

Pensil Panda bersama Pemadam = 58 Yuan (RM 35.00)

Biskut berbentuk Panda = 20 Yuan (RM 12.00)

Jumlah Hangus = 198 Yuan (RM 119.00)


Setelah selesai menghabiskan duit Yuan, maka kami meneruskan perjalanan kami ke pintu numbor 156 (pintu pelepasan Southern China Airlines yang akan membawa kami pulang ke Malaysia).


~ Guangzhao International Airport - Getting into a Flight ~

 

Sejak dari ketibaan kami di Guangzhao International Airport seawal jam 6:30 pagi, dan setelah kami melakukan pemeriksaan bagasi dan imegresen serta membeli-belah sedikit, kami tiba di pintu pelepasan pada jam 7:45 pagi dimana kami sempat untuk berehatkan kaki sebelum memasuki ke dalam kapal terbang.

 
Keadaan ruangan menunggu yang kesunyian, tidak banyak flight di awal pagi~

 
Beratur untuk memasuki ke dalam kapal terbang~


~ Guangzhao International Airport - The Southern China Airlines ~

 

Penerbangan daripada Guangzhao International Airport ke Kuala Lumpur International Airport ini mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit setelah kapal terbang berlepas ke ruangan udara. Namun, selama 4 jam dan 30 minit yang memang lama ini menyebabkan saya tidak berasa bosan.



 

Ini adalah disebabkan selain daripada buku-buku yang boleh ditelaah, saya juga tidak mempunyai masalah untuk bermain permainan video di telefon bimbit dengan kehadiran USB plug dibawah tempat duduk di ruangan kaki dan juga lagu-lagu berbahasa English yang boleh di dengar di sepanjang penerbangan ini.
 
 

Minuman secara percuma juga turus disediakan di atas kapal terbang oleh para pramugari Southern China Airlines dimana terdapat beberapa jenis minuman yang saya boleh pilih. Kemana saaja saya terbang, saya tetap akan memilih Jus Epal~

 
 

Selain daripada itu, kami juga mengambil hidangan Inflight Meal "Seafood", dimana biar gambar yang membicarakan semuanya. Makanan ini dipilih diatas dasar "Halal", dan apa yang penting adalah keyakinan untuk menikmati hidangan ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Business Trip saya ke Changsha, China dan seterusnya transit di Guangzhao, China sebelum pulang ke tanah air yang tercinta.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment