Wednesday 14 November 2018

Changsha Business Trip (Part 10) - Guangzhao Service Apartment, Guangzhao

Sementara menanti penerbangan kami yang seterusnya, yang membawa kami ke Malaysia, kami menginap seketika di sebuah servis apartment yang terletak kira-kira 15 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao dengan menaiki Teksi.

 

Terdapat satu perkara yang menarik tentang servis apartment ini yang menyebabkan kami memilihnya sebagai tempat persinggahan sementara sementara menanti penerbangan yang seterusnya, akan saya kongsikan dengan anda dibawah.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat perkhidmatan yang disediakan disini.


~ Guangzhao Service Apartment - The Useful Information ~

 

Di Guangzhao Service Apartment ini menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma bagi penginap kediaman mereka, dengan menggunakan Shuttle Bus (van sebenarnya) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao.

Beberapa masa penghantaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao adalah seperti dibawah;


Jadual Penghantaran Percuma

| 4:00 pagi | 4:30 pagi | 5:00 pagi | 5:30 pagi | 6:00 pagi | 6:30 pagi | 7:00 pagi | 8:00 pagi | 9:00 pagi | 10:00 pagi | 11:00 pagi | 12:00 tengah hari | 1:00 tengah hari |


~ Guangzhao Service Apartment - The Hotel Room ~

 

Bilik yang kami menginap untuk satu malam ini berharga 150 Yuan (RM 90.65) sahaja dan perlu dibayar ketika ketibaan dan mendaftar masuk ke dalam bilik. Meskipun harganya murah, namun bilik yang disediakan agak besar berbanding dengan hotel murah di Malaysia.

Dibawah adalah beberapa kepingan gambar yang diambil menunjukkan keadaan dalaman bilik yang disediakan oleh Guangzhao Service Apartment.

 
Open Wardrobe?

 
Complementary dari pihak pengurusan hotel~

 
TV yang tiada siaran lain selain cerita cina dan berita berbahasa English~

 
Queen Sized Bed, memang puas berguling-guling~

 
Dan bilik air yang... cukup syarat~


~ Guangzhao Service Apartment - Starving to Death ~

 

Disebabkan jadual yang agak padat (disertakan dengan kesusahan untuk mencari makanan yang Halal di sekitar Changsha), maka kami telah membuat keputusan untuk mencari makanan di sekitar servis apartment ini.

Kawasan servis apartment ini sudah menyerupai Red Light District di Amsterdam (tidak pernah pergi, cuma selalu diperbualkan oleh rakan-rakan yang lain) dengan sekelilingnya yang dipenuhi dengan lampu dan papan tanda yang berwarna merah.


 

Kebanyakan kedai makan yang terletak di sekitar kawasan ini semuanya berbahasa cina, dan makanannya diragui oleh kami. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk mencari makanan di kedai serbaneka sahaja.


 

Di kedai sekitar China ini menyediakan makanan yang unik-unik seperti di dalam gambar diatas, menyebabkan kami sungguh kagum dengan kesungguhan mereka berniaga. Seperti percakapan yang selalu kami dengar, di China, semuanya boleh!


 
 

Setelah berpusing-pusing disekeliling kedai ini, maka saya telah membeli 3 jenis makanan; Mee berperisa Seafood, Air Green Tean dan Keropok. Kami menikmati makanan ini di dalam bilik servis apartment, kerana di dalam bilik tersebut disediakan cerek air eletrik, sesuai untuk digunakan untuk memasak mee segera.


~ Guangzhao Service Apartment - Shuttle Bus to Guangzhao International Airport ~


 

Keesokkan harinya, seawal jam 6:15 pagi waktu tempatan, kami sudah mula bersiap sedia untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao dengan menggunakan Shuttle Bas yang disediakan oleh pihak pengurusan servis apartment, untuk mengejar penerbangan kami yang dijadualkan pada jam 8:30 pagi.

 

Menarik tentang Shuttle Bas ini, pemandu akan menghantar ke pintu Lapangan Terbang. Tambahan pula, meskipun keselesaan yang diberikan tidaklah sehebat mana, namun keadaan dalaman van yang tidak berbau ini sudah mencukupi bagi kami.

Perjalanan kami dari Servis Apartment ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja, namun telah berlaku satu peristiwa ketika kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao tersebut.



**********

Nantikan perkongsian saya tentang peristiwa yang berlaku disini di post yang akan datang. Jumpa lagi.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment