Friday 9 November 2018

Changsha Business Trip (Part 8) - To Changsha Int Airport from South Railway Station

Setelah berjaya menaiki kereta api daripada Changsha Square dengan menggunakan Laluan ke-2 Changsha Metro, maka kami telah selamat tiba di South Railway Station, yang juga terletak di Bandar Changsha.

 

Menurut kepada peta perjalanan kereta api di sekitar Changsha, untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha, kami dikehendaki untuk menaik kereta api yang seterusnya iaitu Magkev Train.

Perjalanan kami di South Railway Station pun bermula~


~ To Changsha International Airport - Reaching South Railway Station ~

 

Oleh kerana kami mengejar masa (termasuk dengan bahasa pertuturan yang sukar untuk difaham), maka kami bergerak menuju ke destinasi kami yang seterusnya dengan kadar yang agak laju.

 

Apabila keluar daripada stesen ini, kami dengan pantas melihat sekeliling untuk melihat sebarang papan tanda yang menunjukkan destinasi kami yang seterusnya; Stesen Kereta Api Ekspres Maglev.

 

Namun, ketika berada di South Railway Station, kami hampir-hampir juga tersesat disini kerana kekurangan papan tanda penunjuk arah ke Pintu Pelepasan Maglev Express Train ini, tambahan pula dengan kawasan South Railway Station yang sangat luas.

Di sepanjang kami berjalan menuju ke pintu yang akan membawa kami ke destinasi yang seterusnya ini, kami juga dapat melihat karenah pelbagai jenis penduduk tempatan yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan secara direct selling.

Perjalanan daripada pintu keluar Changsha Metro ke pintu masuk Maglev Express yang terletak di South Railway Station ini mengambil masa kira-kira 5 minit dengan berjalan kaki.


~ To Changsha International Airport - The Maglev Express (Magnet Train) ~

 

Setelah berjalan kaki hampir 5 minit berjalan kaki, ditambahkan pula dengan tapak kaki yang sudah mula menunjukkan symptom-symptom ingin berehat seketika, maka kami telah tiba di pintu masuk Changshanan Station. 

 

Inilah pintu masuk kereta api yang kami lalui untuk ke Changsha International Airport, dengan menaiki Maglev Express yang juga merupakan Magnet Train. Seperti biasa, tiket perlu dibeli di mesin tiket.

 
 

Dari Changshanan Station ini, untuk tiba di Changsha International Aitport, harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak 20 Yuan (RM 12.00) seorang dan tiketnya adalah berbentuk token seperti di dalam gambar diatas.

Agak mengecewakan bagi kami ketika berada disini disebabkan masalah pertuturan, dimana kami memakan masa hampir 10 minit untuk meminta resit namun pekerja yang bekerja disini tidak faham akan perkara tersebut.

 

Sama seperti di stesen kereta api sebelumnya, setiap penumpang harus melalui pemeriksaan bagasi terlebih dahulu oleh pihak berkuasa tempatan.

 

Dan kami terus bergegas untuk menaiki Kereta Api Maglev Express yang juga merupakan Kereta Api Magnet. Landasan Kereta Api Magnet ini terletak hampir sama tinggi dengan landasan Kereta Api MRT yang boleh didapati di Malaysia.


~ To Changsha International Airport - Inside Maglev Express ~

 

Di dalam Maglev Express (Magnet Train) ini langsung tidak terasa gegaran dan juga tidak terasa sebarang daya tarikan ketika membelok. Memang sebuah perkhidmatan awam yang memberikan keselesaan kepada para penumpangnya.

 
 

Para penumpang yang menaiki Kereta Api Maglev Express ini tidak terlalu ramai, maka terdapat banyak tempat duduk yang kami boleh duduk. Perjalanan dari Changshanan Station ke Changsha International Airport ini hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit sahaja.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment