Wednesday 21 November 2018

Al-Diafah Restaurant Bangi Review

Apabila berada di sekitar kawasan Kajang, dan apabila perut menginginkan dan mengidam untuk makan makanan berunsurkan nasi arab, maka kami secara automatik akan menuju ke Al-Diafah Restaurant yang terletak di Putra Kajang (berhampiran dengan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi).

 

Ada beberapa sebab kenapa kami memilih Restoran Al-Diafah ini sebagai lokasi rasmi kami sekeluarga untuk menikmati hidangan Nasi Arab disini, akan dikongsikan dengan anda semua di bawah.

Apakah yang membezakan hidangan nasi arab di Restoran Al-Diafah dengan hidangan nasi arab di restoran-restoran nasi arab yang lain?


~ Al-Diafah Restaurant Bangi Review - The Location ~

 

Lokasi Restoran Al-Diafah ini agak strategik dan mudah untuk dilihat kerana terletak di laluan Kajang - Putrajaya (sebelum Toll Sungai Ramal Selatan jika dari Kajang). Keadaan dan suasana di dalam Restoran Al-Diafah ini memang mengutamakan suasana yang agak High-Class.


~ Al-Diafah Restaurant Bangi Review - The Menu ~

 

Tengok muka Najwa sahaja sudah tahu betapa sedapnya makanan yang dihidangkan di sini (sebenarnya cubaan untuk buat muka comel je). Tetapi, kalau dilihat di dalam gambar, makanan yang berada di hadapan Najwa nampak sangat sedap bukan?

 
 
Shish Kebab Lamb (RM 40.00 satu hidangan)~

Inilah hidangan yang diberi nama Shish Kebab Lamb yang telah dipesan oleh Najwa, terdiri daripada Roti (ala-ala Roti Arab tetapi di dalamnya kosong), Fries, Kebab Kambing, Roti Paritha dan juga Sayur-sayuran. Sosnya pula seakan-akan susu, namun susunya agak cair dan terasa masam.


 
Whole Mandy Chicken with Mandy Rice (RM 85.00 satu hidangan)~

Hidangan kami yang kedua adalah hidangan Nasi Arab yang bernama Whole Mandy Chicken with Mandy Rice. Melihat kepada harga hidangan ini, ianya agak mahal namun ianya berbaloi kerana hidangan ini boleh dimakan seramai 5 hingga 6 orang.

Daging ayamnya pula meskipun kelihatan kering, namun ianya sangat lembut dan memang senang untuk dimakan.


 
Mandy Lamb with Al-Diafah Rice (RM 40.00 satu hidangan)~

Hidangan yang ketiga adalah hidangan pilihan hati saya, iaitu Mandy Lamb with Al-Diafah Rice. Daging kambing yang disediakan memang sangat lembut, amat mudah untuk dimakan oleh orang-orang tua juga.

Jika dilihat dengan hidangan yang kedua, terdapat perbezaan dari segi nasi (Nasi Mandy di hidangan kedua, dan Nasi Al-Diafah untuk hidangan ketiga). Nasi Mandy ini agak kering dan tidak mempunyai kandungan yang sama seperti Nasi Al-Diafah (Nasi Al-Diafah mengandungi kismis).

Bagi saya, saya lebih meminati Nasi Al-Diafah berbanding dengan Nasi Mandy~


~ Al-Diafah Restaurant Bangi Review - Side Dishes ~

 

Dengan menikmati makanan di Restoran Al-Diafah, kami juga telah mencuba beberapa hidangan percuma yang telah disediakan oleh Restoran Al-Diafah ini.


 
Lamb Oat Soup (Complementary)~

Hidangan percuma yang pertama adalah Sup Oat Kambing, yang diletakkan di bahagian kaunter air. Rasa Sup Kambing ini memang power, kerana memang terasa dan terbau kambing di dalam sup ini (tetapi tiada daging kambing didalamnya). Disebabkan ianya percuma, pelanggan boleh mengambilnya sebanyak yang termampu untuk makan.


 
Dates (Complementary)~

Kepada pelanggan yang makan di Restoran Al-Diafah ini, pihak restoran juga menyediakan kurma sebagai pembuka selera dan snek sementara menanti hidangan tiba. Rasa kurma yang disediakan disini memang sedap, datangnya dari Arab sendiri.


 
Arabic Rice Sauce (Complementary)~

Akhir sekali, adalah penambah rasa dan juga selera bagi kami yang menikmati hidangan Nasi Arab di Restoran Al-Diafah ini, berupa sos campuran cili dan tomato yang diblend halus (tidak pedas langsung) dan juga jeruk sayuran (terdiri daripada timun dan tomato).

Memang terbaik!

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment