Wednesday 7 November 2018

Changsha Business Trip (Part 7) - To South Railway Station, Changsha

Setelah berpusing-pusing di sekitar WuYi Business District yang terletak di Changsha, serta menikmati minuman sejuk di Mc Cafe Changsha, maka kami meneruskan perjalanan kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha untuk pulang semula ke Malaysia.

 

Pada kali ini, kami mengambil peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan kemudahan awam yang disediakan di China, dengan menaiki kemudahan kereta api di bawah tanah dan bertukar di South Railway Station sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha.

Di sini saya menceritakan pengalaman kami berjalan dan menaiki kereta api yang bermula di WuYi Square.


~ To South Railway Station, Changsha - Underground Passage ~

 

Dari WuYi Square menghala ke Stesen Kereta Api, jalan yang kami lalui adalah jalan dibawah tanah dan juga merupakan kawasan pusat membeli-belah. Di sini, yang paling penting dan utama bagi kami yang pertama kali ini adalah peta lokasi kawasan.

 
 

Walaupun bertulisan bahasa cina, bagi kami sebagai pelancong di Changsha, kami sedikit sebanyak dapat memahami peta yang ditunjukkan seperti diatas. Menurut kepada peta tersebut, destinasi kami adalah untuk ke lokasi No 13, Changsha Metro Train.

Perjalanan dari lokasi kami turun sehingga tiba di lokasi No 13 mengambil masa kira-kira 5 minit berjalan kaki dalam rentak yang sederhana kelajuannya.


~ To South Railway Station, Changsha - Buying Train Tokens ~

 

Apabila tiba di Stesen Kereta Api di Changsha Square, kami terus bergegas ke kawasan kaunter seperti di dalam gambar diatas untuk membeli tiket kereta api, namun di kaunter ini tidak dapat membuat pembelian, hanya untuk bertanya dan juga untuk menukarkan duit kecil sahaja.

Untuk sebarang pembelian tiket kereta api, kami membuat pembelian di mesin tiket automatik seperti dibawah. Memang banyak mesin tiket ini, memberikan keselesaan dan mempercepatkan proses pembelian kepada para penumpang.

 
 

Ada lebih kurang 5 mesin pembelian tiket yang disediakan di Stesen Kereta Api Changsha Square, dimana harganya agak mengejutkan kami. Bukannya mahal, tetapi murah.


 
 

Perjalanan ke South Railway Station ini melalui kira-kira 10 stesen sebelum tiba ke destinasi yang kami tujui, dengan menggunakan Laluan Line 2. Berkenaan dengan harga tiket, ianya hanya 4 Yuan (RM 2.40) sahaja seorang.

Diatas adalah peta keseluruhan perkhidmatan kereta api yang boleh didapati di sekitar Bandar Changsha, sesuai bagi rujukan anda yang ingin mencari stesen yang harus anda turun sebelum membuat pembelian.


~ To South Railway Station - Inside Changsha Station ~


 

Sebelum memasuki ke dalam Stesen Kereta Api Changsha Square, anda akan melalui kawasan pemeriksaan terlebih dahulu, dimana setiap barangan yang anda bawa akan discan. 

 

Terjadi pada saya yang membawa beg travel, pihak berkuasa yang menjalankan tugas menanyakan samada saya ada membawa alkohol di dalam bagasi saya. Kemungkinan perlu membayar denda sekiranya membawa alkohol, sebab saya pun tidak tahu mengapa mereka tanya seperti itu.

 

Setelah selesai barangan diperiksa, kami bergegas turun ke Line 2 untuk menaiki Kereta Api. Memang agak ramai orang yang menggunakan perkhidmatan awam di sini, menyebabkan suasana di dalam Stesen Kereta Api ini sangat padat.

 

Dan akhirnya kami telah selamat memasuki ke dalam kereta api di Stesen Changsha. Yang paling utama, tiada kemalangan jiwa yang berlaku disepanjang kami bergegas menaiki kereta api ini.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment