Monday 19 November 2018

Copthorne Orchid Hotel Penang Review

Penang atau dikenali sebagai Pulau Pinang memang terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan yang juga menjadi pusat perlancongan rakyat Malaysia mahupun para pelancong dengan keunikkan peninggalan sejarah Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

 

Kini, terdapat lambakan hotel-hotel di sekitar Pulau Pinang yang bercambah bagaikan cendawan, termasuk salah satu daripada hotel tersebut yang diberi nama Copthorne Orchid Hotel yang terletak di Tanjung Bungah, Georgetown.

Menurut kepada informasi daripada Google, Hotel Copthorne Orchid ini bertaraf 4 Bintang.


~ Copthorne Orchid Hotel Penang Review - Checking-In ~

 

Sama seperti hotel yang lain, masa untuk check-in di Hotel Copthorne Orchid ini bermula dari jam 2:00 petang dan masa untuk check-out adalah pada jam 12:00 tengah hari.


 

Kawasan ruangan utama di Hotel Copthorne Orchid ini agak luas dan mempunyai beberapa buah bilik besar dan juga bilik internet yang boleh digunapakai oleh para tetamu. Apabila selesai mendaftar masuk, pihak pengurusan hotel juga turut menyediakan kata laluan WIFI bagi kegunaan para pengunjung.


 

Terdapat 19 tingkat di Hotel Copthorne Orchid, dimana ruangan utama adalah pada tingkat lapan (8). Bagi penghuni yang menduduki bilik di tingkat satu (1) hingga tujuh (6), penghuni tersebut harus melalui Swimming Pool di tingkat tujuh (7) untuk ke Terrace Bay.

 
 

Kami juga sempat untuk menerokai Hotel Copthorne Orchid ini, dan mendapati terdapat juga sebuah Gym yang cukup peralatannya bagi mereka yang inginkan kecerdasan badan dengan mengeluarkan peluh, dibuka seawal jam 7:00 pagi sehingga jam 9:00 malam.


~ Copthorne Orchid Hotel Penang Review - Hotel Rooms ~


 

Suasana di laluan utama menuju ke bilik yang kami duduki selama tiga (3) hari dan dua (2) malam ini kelihatan sungguh tenang dengan gabungan warna yang terang dan warna kayu yang keemasan.
Berikut adalah beberapa gambar bilik hotel yang disediakan di Hotel Copthorne Orchid.



 
No bilik yang kami diami~

 
 
 
Beberapa kemudahan yang disediakan di dalam bilik hotel~

 
Katil yang bersaiz Super Single. Memang besar weii~

 
 
Bilik air yang ada bathtub, tapi tidak berkesempatan untuk menggunakannya~

 
 
Dan pemandangan dari luar balkoni. Boleh nampak lautan biru~


~ Copthorne Orchid Hotel Penang Review - Eating Time ~

 

Lokasi sarapan pagi kami di Hotel Copthorne Orchid adalah di Terrace Bay Restaurant yang terletak di Tingkat 7 (satu tingkat dibawah kawasan lobi utama). Antara beberapa hidangan yang disediakan sebagai sarapan pagi disini adalah seperti di dalam gambar dibawah.

 
Air Panas seperti Kopi~

 
Salad?~

 
 
Bahagian telur~

 
Dan beberapa hidangan berunsurkan Western~


Di sebelah tengah hari pula, menu utama yang dihidangkan di Terrace Bay Restaurant ini beransurkan nasi berlauk. Sekali melihat hidangan yang disediakan, memang boleh menyebabkan air liur jatuh berjujuran.

 
 
Lauk yang disediakan~

 
Hidangan mee~

 
Hidangan bubur nasi juga ada~

 
Jus buahan~

 
Dan buah-buahan tempatan~


Akhir sekali, untuk makan malam kami pula agak special di Hotel Copthorne Orchid, dimana makan malam kami (malam yang terakhir) adalah di hidangkan di dalam bentuk BBQ!

 
 
 
Hidangan malam berbentuk BBQ disini memang mampu membuatkan kami terliur dengan pelbagai jenis hidangan yang dipanggang seperti Udang, Daging, Ayam, Sosej, Ikan Pari dan juga daging Kambing.
**********


Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment