Friday 20 April 2018

Sukiya IOI City Mall, Putrajaya Review

Sukiya Tokyo Bowls and Noodles yang terletak di LG IOI City Mall Putrajaya adalah merupakan salah satu kedai makanan Jepun kegemaran kami sekeluarga, dimana rasanya seakan-akan sama dengan makanan yang dihidangkan di Jepun.

 

Kedai ini sebenarnya diperkenalkan oleh Najwa, mengatakan bahawa Ramen yang disediakan disini memang sama dengan Ramen yang dimakan olehnya ketika berada di Jepun tahun lepas.

Jom kita lihat menu-menu yang disediakan disini.


~ Sukiya IOI City Mall, Putrajaya Review - The Menu ~

 

Terdapat pelbagai jenis variasi menu-menu yang disediakan di Sukiya Tokyo Bowls and Noodles ini, dimana saya mendapati bahawa terdapat satu jenis set yang amat berbaloi; The Washoku-Zen.

 

The Washoku-Zen ini amat sesuai dimakan sekiranya anda datang dengan pasangan anda (2 orang) mahupun dengan anak kecil. Set hidangan ini didatangi dengan 2 jenis Main Dish (anda boleh pilih set hidangan yang mana satu), Air Teh Jepun dan beberapa menu ala carte yang lain.

Ianya memang berbaloi berbanding dengan membeli makanan secara berasingan. Jom kita lihat pula beberapa hidangan yang telah kami rasai di Sukiya Tokyo Bowls and Noodles ini.


~ Sukiya IOI City Mall, Putrajaya Review - Tokyo Ramen (Noodle) ~

 

Inilah hidangan Ramen yang dikatakan mempunyai rasa yang hampir sama dengan hidangan Ramen di Jepun, iaitu Tokyo Ramen.

Hidangan Tokyo Ramen ini didatangi dengan beberapa hiris daging ayam, telur rebus, rumpai laut, ala-ala fish cake (yang ada pintalan pink di tengah-tengahnya) dan juga sup yang sangat sedap. Sup ini agak berbeza dengan sup yang biasa kita makan, dan sekiranya anda ingin tahu, anda harus mencubanya sendiri.


~ Sukiya IOI City Mall, Putrajaya Review - Gyudon Zen ~


Gyudon Zen ini dihidangkan dengan nasi, daging yang dipotong nipis dan juga sayur-sayuran menjadi menu kedua kami. 

Selain daripada kandungan Gyudon Zen seperti yang telah saya maklumkan tadi, terdapat sos seakan-akan sos kicap soya telah dimasukkan didalam hidangan ini, menjadikan ianya rasa sedikit manis.


~ Sukiya IOI City Mall, Putrajaya Review - Volcano Gyudon ~

 

Hidangan yang ketiga yang kami cuba rasai adalah Volcano Gyudon. Hampir sama dengan hidangan Gyudon Zen, namun Volcano Gyudon ini pula dipenuhi dengan cili-cili dan beberapa sos pedas yang dapat dirasai ketika memakannya.

Bagi anda yang tidak tahan pedas, hidangan ini tidak sesuai dengan anda. Bagi anda yang tahan akan pedas, hidangan ini akan memberikan anda cabaran yang lebih lagi terutamanya rasa pedas yang amat unik bagi rakyat Malaysia.


~ Sukiya IOI City Mall, Putrajaya Review - Katsu Curry ~

 

Katsu Curry yang disediakan di Sukiya Tokyo Bowls and Noodles ini pula merupakan hidangan yang keempat kami cuba. Hampir sama dengan hidangan kari yang kita rasa di kedai mamak, hidangan kari di sini lebih lembut dan tidak sepekat di kedai mamak.

Isi di dalam kari ini hanya ada beberapa ketul ayam dan juga sayuran (barangkali ianya adalah bawang), namun ianya memang lazat jika dimakan bersama-sama dengan nasi. Selain dari kari ayam, terdapat juga ayam goreng untuk dimakan bersama-sama.


~ Sukiya IOI City Mall, Putrajaya Review - Cream Gyudon (Special Edition) ~

 

Cream Gyudon (hampir sama dengan Gyudon Zen, tetapi terdapat krim sayuran di atasnya) adalah hidangan yang special mengikut musim. Ketika kali yang ketiga kami datang disini, hidangan ini baru sahaja diperkenalkan.

Ia adalah sempena musim sejuk, dimana cream di atas Gyudon ini diibaratkan seperti salji. Rasanya memang unik, namun ianya memuakkan disebabkan oleh kehadiran krim tersebut.

**********

 


Terdapat banyak lagi hidangan makanan yang disediakan di Sukiya Tokyo Bowls and Noodles ini, akan saya terus berkongsi dengan anda di masa yang akan datang.

Jumpa lagi di post yang seterusnya. Bubbyeee~~~~~

3 comments: