Saturday 14 April 2018

Freeport A' Famosa Outlet, Alor Gajah Review

Seringkali kita mendengar bahawa nama Johor Premium Outlet (JPO) sebagai sebuah pusat membeli belah yang menjual barangan-barangan aksesori, lebih-lebih lagi barangan aksesori kaum wanita.

 

Di Melaka, berhampiran dengan A' Famosa Resort Alor Gajah, terdapat sebuah pusat membeli-belah yang menggunakan konsep yang sama dengan Johor Pemium Outlet, iaitu Freeport A' Famosa Outlet.

Adakah ianya setaraf dengan Johor Premium Outlet, ataupun ianya adalah sebuah pusat membeli-belah yang biasa? Jom kita lihat.


~ Freeport A' Famosa Outlet, Alor Gajah Review - The Building ~

 

Bangunan-bangunan di sini dibina berdasarkan konsep ala-ala Portugis, dimana terdapat gabungan diantara batu-bata dan juga simen. Kawasan ini memang luas, hampir sama dengan keluasan Johor Premium Outlet.


~ Freeport A' Famosa Outlet, Alor Gajah Review - The Outlet ~

 

Di sini, lebih kurang 60% kedai menjual barangan-barangan untuk para pengunjung wanita yang terdiri daripada pakaian, beg, kasut mahupun peralatan make up. Memang menjadi pusat tumpuan untuk kaum wanita.

 

20% daripada kedai ini pula menjual barangan lelaki, 10% menjual barangan bayi dan selebihnya menjual makanan. Secara kesimpulannya, kawasan-kawasan seperti ini memang menjadi syurga untuk para wanita.

 

Kebanyakan barangan yang dijual di Freeport A' Famosa Outlet ini terdiri daripada barangan-barangan berjenama untuk para pengunjung wanita seperti Coach, Primavera dan sebagainya. Memang kalau ingin saya sebut satu per satu, memang post ini tidak dapat disiapkan.


~ Freeport A' Famosa Outlet, Alor Gajah Review - The Scenery ~

 

Selain daripada menyediakan kedai-kedai jualan, di Freeport A' Famosa Outlet juga telah mengkhaslkan kawasan tengah sebagai kawasan untuk menikmati keindahan dan juga bergambar dengan konsep yang telah mereka sediakan.

 

Ketika kami datang ke sini, konsep yang disediakan adalah konsep bunga tulip. Meskipun ianya diperbuat daripada plastik, namun konsep yang seringkali berubah-ubah ini juga merupakan salah satu daya tarikan dan keunikan yang diberikan oleh pihak pengurus.

 

Selain dari itu, anda juga boleh menaiki kincir angin yang berada di tengah-tengah kawasan ini dengan percuma. Apa yang anda perlu bayar adalah tenaga anda untuk menaiki tangga untuk sampai di atas berandar kincir angin tersebut.

**********

 

Freeport A' Famosa Outlet sudah semestinya merupakan sebuah pusat membeli-belah yang berbaloi untuk anda dan keluarga anda untuk pergi, bukan sahaja untuk membeli-belah naum untuk meluangkan masa anda dengan keluarga anda.

Sudah semestinya kaum lelaki akan berasa penat ketika berada disini. Untuk menghilangkan rasa sedemikian, maka anggaplah ianya sebagai sebuah kawasan yang menarik dan nikmatilah pemandangan yang disediakan oleh pihak pengurusan di sini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment