Monday 2 April 2018

Yogyakarta Special Edition (Part 5) - Waroeng SS, Yogyakarta

Setelah kehadiran seorang sahabat kami dari Malaysia untuk turut serta bersama-sama kami pada hari yang pertama ini telah mengubah kehidupan kami bertiga, terutama pada waktu malam pertama kami berada di Yogyakarta ini.

 

Kedai yang dibawa olehnya ternyata jauh berbeza jika dibandingkan dengan kedai yang dibawa oleh Pak Supir pada tengah hari tadi. Destinasi makan malam kami pada hari pertama ini adalah di Waroeng SS, Yogyakarta dimana SS adalah bermaksud Special Sambal. 

Apakah yang special berkenaan dengan sambal di kedai ini? Jom saya kongsikan.


~ Waroeng SS, Yogyakarta - The Location ~

 

Jarak dari Eastparc Hotel ke lokasi ini adalah lebih kurang 6.7KM, mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja dengan menaiki kereta., berhadapan dengan sebuah pusat karaoke keluarga. 

Di Yogyakarta ini terdapat beberapa Waroeng SS, maka saya tidak tahu sahabat saya ini membawa kami ke kedai yang mana. Akan tetapi, apa yang pasti, Waroeng SS ini dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam waktu tempatan (pada hari Jumaat dari jam 1 tengah hari sehingga 10 malam).


~ Waroeng SS, Yogyakarta - The Menu and Its Prices ~

 

Terdapat 32 jenis sambal, 28 jenis lauk, 14 jenis sayuran dan 29 jenis minuman yang disediakan di Waroeng SS ini. Dengan bermotokan "Pedas Abis!!", sambal yang dihidangkan memang pedas dan dibahagikan kepada beberapa tahap kepedasan.

 

Merujuk kepada senarai sambal, memang anda akan berfikir beberapa kali untuk memilih sambal yang mana satu. Ada yang berada di tahap Geli, Kurang Ajar, Horror ataupun Bull Shit. Pilihan yang tepat akan membuatkan anda menyebut-nyebut perkataan-perkataan ini.

 

28 jenis lauk yang disediakan di sini termasuk segala jenis masakan tempatan dari Ayam, Daging, Kambing, Ikan, Makanan Laut dan juga bahagian dalaman seperti Paru-paru. Harganya pula jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di kedai-kedai makan yang lain.


~ Waroeng SS, Yogyakarta - The Drinks ~

 

Jus Avocado sudah semestinya menjadi pilihan kami ketika berada di Yogyakarta, dimana ianya adalah merupakan sebuah minuman yang istimewa disini. Rasanya yang berlemak dicampur dengan kehadiran coklat cair ini memang melazatkan.


~ Waroeng SS, Yogyakarta - The Foods ~

 

Diatas adalah gambar makanan yang diambil pada malam yang pertama kami berada di Yogyakarta, Indonesia. 

Hidangan yang terdiri daripada Ikan Gurame, Sotong, Daging Kambing, Terung, Tempe dan beberapa jenis Sambal (Nasi juga termasuk sekali) hanya berharga tidak lebih dari 150,000 Rupiah (tidak melebihi RM 45.00).

 

Gambar diatas pula adalah merupakan gambar makanan kami di malam yang kedua di Yogyakarta, sebelum kami berangkat ke Jakarta pada malam yang sama.

Hidangan yang terdiri daripada Ayam Goreng, Udang Tepung, Sayur, Ikan Lele, Tauhu dan beberapa jenis sambal termasuk sekali dengan nasi juga berharga kurang daripada 150,000 Rupiah (kurang dari RM 45.00).

**********

Makan malam kami di sini memang mengenyangkan dimana nasi tambah yang dipesan adalah percuma sahaja (jika empat orang makan, hanya membayar nasi untuk empat orang sahaja, meskipun kami menambah-nambah nasi yang banyak.)

Sekiranya anda berada di sekitar Bandar Yogyakarta, saya sarankan supaya anda singgah di sini dan menikmati hidangan yang memang lazat dan murah.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment