Wednesday 25 April 2018

Miyagi Japanese Restaurant, Bangi Review

Terdapat lambakan restoran-restoran makanan dan masakan jepun di dalam Malaysia, salah satunya adalah Restoran Miyagi yang terletak di Bangi. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan yang lain di sekitar Lembah Klang.

 

Terletak sebaris dengan Hospital Islam Az-Zahrah Bangi, restoran ini memang mengamalkan konsep Jepun di dalam kedai, kebanyakkan peralatan (kerusi dan meja) terdiri daripada buloh.

Jom kita lihat apakah menu yang menjadi pilihan kami sekeluarga.


~ Miyagi Japanese Restaurant, Bangi Review - The Menu ~

 

Di Miyagi Japanese Restaurant ini menyediakan lebih daripada 20 jenis hidangan dan masakan Jepun yang anda boleh rasa, terdiri daripada variasi nasi (bentou, sushi dan lain-lain), mee (ramen) dan juga minuman.

Jadi, yang mana satukah menjadi pilihan kami?


~ Miyagi Japanese Restaurant, Bangi Review - California Maki ~

 

Disebabkan isteri suka sangat dengan sushi yang mempunyai 'telur sotong", maka California Maki adalah pilihannya. 

Dengan harga RM 16.96 untuk satu hidangan, hidangan ini boleh dikategorikan sebagai hidangan sushi yang sedap. Apabila difikir semua, terasa mahal pula. Huhuhu~


~ Miyagi Japanese Restaurant, Bangi Review - Gyuniku Udon ~

 

Kemana sahaja kedai restoran Jepun yang kami pergi, sudah semestinya kami akan mencuba hidangan Udon (Mee) mereka. Untuk di Miyagi, kami turut merasainya juga.

Meskipun hidangannya adalah sama, namun rasanya tidak sesedap hidangan Udon yang kami rasa di Sukiya IOI City Mall. Di sini, rasanya kurang pekat berbanding dengan di Sukiya.

Harga untuk satu hidangan ini adalah RM 27.82 (lebih mahal juga jika dibandingkan dengan di Sukiya).


~ Miyagi Japanese Restaurant, Bangi Review - Tendon Set SD ~

 

Apabila merujuk kepada hidangan set, sudah semestinya akan ada kehadiran Chawanmushi, Miso Soup, Buah-buahan dan juga jeruk. Harga untuk satu hidangan ini adalah RM 33.39, dimana ianya juga boleh dikatakan sebuah hidangan yang agak mahal di Miyagi Japanese Restaurant ini.

 

Penyebab harga hidangan ini menjadi mahal adalah kerana kehadiran 2 ekor udang yang agak besar, disirami dengan sos kicap manis diatasnya memberikan rasa kemanisan setiap gigitan.


~ Miyagi Japanese Restaurant, Bangi Review - Najwa's Birthday Surprise ~

 

Pada masa yang sama, kami juga turut membuat satu kejutan bagi Najwa, dimana kami membeli pavlova dari kedai berhampiran dan membawanya ke Miyagi Japanese Restaurant ini. 

 

Nyayian Happy Birthday oleh Irfan ketika masuk ke dalam kedai menyebabkan Najwa terkejut dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Speechless habis~

Dimana kami membeli Pavlova ini? Akan saya kongsikan dengan anda semua suatu hari nanti~

**********

 

Harga di Miyagi Japanese Restaurant ternyata lebih mahal jika dibandingkan dengan harga-harga makanan Jepun yang pernah kami pergi di kedai-kedai yang lebih besar dan lebih sedap.

Anda boleh sahaja untuk datang dan menikmati masakan Jepun disini, namun untuk anda yang sedang berjimat, restoran Miyagi ini bukan jalan penyelesaiannya.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment