Wednesday 4 April 2018

Yogyakarta Special Edition (Part 6) - Hamzah Batik, Malioboro

Indonesia memang terkenal dengan pakaian-pakaian yang bercorakkan batik, menjadikan para pengunjung dari luar negara untuk datang ke sini dan membeli kain-kain, baju-baju mahupun beberapa aksesori pakaian yang beransurkan batik.

 

Namun, untuk membeli kain-kain mahupun pakaian yang beransurkan batik, terdapat satu lokasi yang menarik yang telah diperkenalkan oleh sahabat kami; iaitu Hamzah Batik yang terletak di Malioboro, Yogyakarta.

Harga-harga kain dan juga pakaian yang dijual di sini ternyata lebih murah jika dibandingkan dengan harga-harga di tempat lain.


~ Hamzah Batik, Malioboro - Batik Variety ~

 

Di Hamzah Batik yang terletak di Malioboro, Yogyakarta ini memeng menjual pelbagai jenis kain batik, sama ada kain batik yang sudah jahit menjadi pakaian mahupun kain batik yang belum dijahit.

 

Jika dibandingkan harga dengan kedai-kedai yang menjual kain batik di sekitar Yogyakarta, kain batik di Hamzah Batik ini memang jauh lebih murah, kira-kira hampir 50% lebih murah dari kedai-kedai yang lain.

 
 

Sekiranya anda penggemar pakaian batik, anda harus singgah di kedai Hamzah Batik ini untuk membeli pakaian-pakaian tersebut. Saya memang mensyorkan anda!

**********

No comments:

Post a Comment