Monday 30 April 2018

Sun Stay Inn, Prai Review

Di Penang, terdapat pelbagai jenis hotel-hotel budget yang selesa untuk diduduki dan berehat diwaktu malam, dimana salah satu daripadanya adalah Sun Stay Inn yang terletak di Seberang Prai, Penang.

 

Sun Stay Inn ini terletak tidak jauh dari pekan Prai, mengambil masa kira-kira 5 minit dari susur keluar Prai (dari Lebuhraya Utara Selatan).

Hotel budget ini memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat diwaktu malam, lebih-lebih lagi bagi kami yang merantau jauh dari Selangor.


~ Sun Stay Inn, Prai Review - Operating Hours ~

 

Masa untuk check-in di hotel ini bermula pada jam 2 petang dan masa untuk check-out pula adalah pada jam 12 tengah hari.

Sekiranya anda sampai di sini pada tengah malam, anda hanya perlu membunyikan loceng di atas meja resepsi dan pekerja yang bertugas akan menyambut anda.


~ Sun Stay Inn, Prai Review - Hotel Room ~

 

Bilik yang telah kami booking (berharga RM 60.00 sebilik) ini mempunyai satu katil Queen Size. Ruangan bilik ini tidak terlalu besar, namun ianya cukup bagi kami yang hanya duduk di sini untuk berehat di waktu malam sahaja.

 

Selain daripada katil bersaiz Queen, di dalam bilik ini juga mempunyai sebuah tv dan juga meja untuk membuat kerja. 


~ Sun Stay Inn, Prai Review - Bathroom ~

 

Walaupun kecil bilik air yang disediakan di dalam bilik ini, namun ianya sudah mencukupi untuk menyegarkan semula diri yang sedang keletihan. Yang paling penting, ada Water Heater~~

**********

Hotel-hotel budget di dalam Malaysia ini sebenarnya bukannya untuk kita menginap di dalam tempoh masa yang lama. Ini adalah kerana hotel-hotel seperti ini bersesuaian bagi pekerja-pekerja yang datang ke sesuatu tempat untuk bekerja, bukannya untuk bercuti.

Sampai disini sahaja perkongsian saya. Jumpa lagi di post yang akan datang. 

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment