Wednesday 18 April 2018

Asam Pedas Simpang Ampat, Melaka Review

Hidangan Asam Pedas memang terkenal di Negeri Melaka, dimana ianya dikatakan sejenis makanan yang wajib anda rasa ketika berada di Bandaraya Bersejarah ini.

 

Perjalanan kami di Alor Gajah ini menemukan kami dengan sebuah restoran Asam Pedas yang terletak berhampiran dengan susur keluar Tol Alor Gajah yang diberi nama Restoran Asam Pedas Simpang Ampat.

Adakah Asam Pedas yang ditawarkan disini sedap? Jom saya kongsikan dengan anda.


~ Asam Pedas Simpang Ampat, Melaka Review - The Foods ~

 

Hidangan Asam Pedas biasanya dikaitkan dengan beberapa jenis ikan yang sesuai, seperti ikan kembong, ikan pari, ikan tongkol san sebagainya. Amat jarang sekali kedengaran Asam Pedas yang berisikan daging ayam mahupun daging lembu.

 

Asam Pedas di sini boleh dikatakan sedap jika dibandingkan dengan beberapa kawasan yang lain, dimana kandungan kuah Asam Pedasnya yang agak pekat dan ikan-ikannya yang agak segar menyebabkan hidangan di sini memang berbaloi.

**********

Namun, akibat kekurangan pekerja yang bekerja disini ketika ini menyebabkan makanan yang kami pesan menjadi amat lambat, mengambil masa kira-kira 20 minit meskipun kedainya yang tidak banyak pengunjung ketika ini.

Akan tetapi, Asam Pedas disini memang sedap. Saya tidak menafikan tentang perkara ini. Harganya pula adalah dibawah lingkungan RM 10 untuk setiap hidangan, mengikut kepada jenis ikan yang dipilih.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment