Friday 27 April 2018

Gula Petite IOI City Mall, Putrajaya Review

Makanan manisan sudah semestinya menjadi makanan kegemaran bagi kaum wanita. Menurut kepada kajian, mengatakan bahawa memakan makanan manis boleh memberikan kebahagian kepada pemakannya.

 

Salah satu makanan manis yang anda boleh dapati di IOI City Mall, Putrajaya adalah sebuah gerai yang terletak di tingkat 1 yang diberi nama Gula Petite.

Adakah makanan-makanan dan manisan-manisan yang disediakan disini mampu membuatkan anda menjadi seorang yang bahagia?


~ Gula Petite IOI City Mall, Putrajaya Review - The Menu ~

 

Seperti dengan namanya, Gula Petite ini memang mengandungi makanan yang manis-manis dan melazatkan. Harganya pula agak berpatutan dengan lokasi dan juga kandungan manisan tersebut.

 

Terdiri daripada pelbagai jenis variasi makanan dari Cupcakes, Pie sehingga ke Kek yang jarang kita lihat, Gula Petite ini sudah semestinya akan menjadi tempat persinggahan para wanita yang memerlukan kebahagiaan.

 

Meskipun variasinya tidak terlalu banyak, namun membuat keputusan untuk memilih hidangan manisan yang dipamerkan di Gula Petite ini memang mencabar.

Apakah pilihan utama si isteri yang datang di sini?


~ Gula Petite IOI City Mall, Putrajaya Review - Berry Strawberry Pavlova ~

 

Beliau (si isteri) datang ke Gula Petite ini hanyalah semata-mata untuk merasai kek Berry Strawberry Pavlova yang jarang ditemui di kedai-kedai manisan di sekitar Lembah Klang.

Apabila sekali tengok, memang tidak percaya bahawa ianya adalah kek pavlova kerana kebiasaannya pavlova adalah berbentuk kecil dan mempunyai beberapa potongan buah-buahan dan krim.

Harganya pula agak berbaloi, dengan keunikan kek pavlova yang dibuat yang menjadikan ianya berharga RM 14.00 sepotong.


~ Gula Petite IOI City Mall, Putrajaya Review - Mini Children Corner ~

 

Sewaktu anda menikmati manisan ini dengan tenang, anda boleh melepaskan anak-anak anda untuk bermain di kawasan permainan yang terletak di dalam kawasan Gula Petite ini.

Dengan ini, selain mereka kebosanan menanti anda menikmati manisan disini, dan untuk mengelakkan mereka berlari-lari di kawasan luar kedai, mereka boleh duduk dan bermain dengan jayanya.

**********

 

Makan beramai-ramai untuk merasai kemanisan kek Berry Strawberry Pavlova ini sudah semestinya dapat membahagiakan setiap orang yang merasainya, meskipun tidak banyak.

Namun, boleh jadi gaduh kalau tidak dapat merasai kek pavlova ini. Maklumlah, ianya jarang ada dan di Gula Petite ini memang cepat habis diatas permintaan yang tinggi.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. X perasan pulak kedai ni kat IOI City Mall. Nanti nk cari la. Hehe.

    ReplyDelete