Monday 30 October 2017

My Melbourne Journey (Part 24) - Phillip Island Chocolate Factory

Destinasi kami yang ketiga pada hari yang keempat ini menemukan kami di kota sarang semut yang berada di Phillip Island, Kilang Coklat.

 

Kilang Coklat ini sudah semestinya menjadi kegilaan pelancong-pelancong asing yang datang di Melbourne untuk menikmati kelazatan dan kepekatan Hot Chocolate yang disediakan di Kilang Coklat ini.

Adakah anda pertama kali membaca post ini? Anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23<<

~ Phillip Island Chocolate Factory - Location ~

 

Terletak kira-kira 25KM dari Maru Koala and Animal Park, perjalanan kami ke Kilang Coklat ini mengambil masa kira-kira 30 minit dengan keadaan trafik yang sangat lancar.

Kilang Coklat ini terletak di sebelah kanan sekiranya anda dari Maru Koala and Animal Park.


~ Phillip Island Chocolate Factory - Main Entrance ~


 

Pada pintu masuk ke Kilang Coklat ini terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda buat, akan tetapi disebabkan kami berhenti untuk membeli belah, maka peluang seperti ini terpaksa kami lepaskan.

 

Terdapat ruangan yang khas selepas pintu masuk ke Kilang Coklat ini, mempamerkan beberapa ekor penguin yang diperbuat daripada gabungan Dark, Milk dan White Chocolate.

Dan semuanya diperbuat 100% daripada coklat, termasuk dengan pasir-pasir di dalam tempat pameran ini, okeyyy~


~ Phillip Island Chocolate Factory - Foods and Drinks Menu ~
 

Sekiranya anda ingin menikmati makanan ataupun minuman di kilang ini, anda boleh membuat pesanan melalui kaunter di dalam kilang ini.


 

Ini adalah senarai masakan panas yang disediakan di Kilang Coklat Phillip Island ini, siap ada masakan Malaysia "Nasi Lemak" lagi. Disebabkan kami berhenti untuk sementara waktu sahaja, kami hanya memesan Hot Chocolate yang berharga 5.50 AUD sahaja.

 

Kesedapannya? Kepuasannya? Priceless~~


~ Phillip Island Chocolate Factory - Chocolate ~


 

Sekiranya anda hantu coklat, maka terdapat kawasan yang anda pasti tergila-gila apabila window shopping di Kilang Coklat Phillip Island ini.

Pelbagai jenis variasi coklat boleh didapati di sini, dari Truffles sehingga ke coklat bar. Biar gambar dibawah berbicara~


 
Chocolate-based cake. Nyum Nyumm~~

 
Chocolate Truffles. Terasa kepekatan coklat di setiap gigitan~~

 
Bar Coklat yang mempunyai pelbagai perasa~

Dan hasil daripada window shopping kami adalah.. Jeng Jeng Jeng~


 

Satu bungkus Milk Chocolate dan satu bungkus Dark Chocolate. Ada lagi Truffles yang saya beli, tetapi tidak sempat hendak ambil gambar. Habis licin..


~ Phillip Island Chocolate Factory - Souvenir ~


 

Sekiranya anda ingin membeli cenderamata dari Kilang Coklat Phillip Island ini, terdapat beberapa variasi yang anda boleh pilik dari Teddy Bear sehingga ke Penguin.

Sejujurnya, saya sarankan untuk anda simpan dahulu duit untuk membeli cenderamata di sini sehingga anda sampai di destinasi kami yang terakhir.


**********

Memang saya suka dengan Hot Chocolate yang disediakan disini, jika dibandingkan dengan Hot Chocolate di Malaysia kerana kepekatan yang disediakan di Kilang Coklat Phillip Island ini jauh lebih sedap.

Yang lain-lain (coklat dan cenderamata) juga agak menarik, tetapi untuk cenderamata adalah lebih baik dibeli di tempat lain seperti di Queen Victoria Market.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment