Monday 2 October 2017

My Melbourne Journey (Part 12) - CBD Kebabs

Pada malam yang kedua pula, kami memusing sekitar bandar Melbourne untuk mencari hidangan yang dicadangkan oleh sahabat saya dari Malaysia, iaitu Kebabs!

 

Menurut kepada kawan-kawan saya yang sering-kali melawat Melbourne diatas urusan kerja, salah satu tempat Kebab yang dicadangkan adalah CBD Kebabs yang terletak di 546 Flinders Street.

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post-post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11<<


~ CBD Kebabs Flinders St - Menu ~


 

Di CBD Kebabs ini, terdapat banyak vasiasi dari segi jenis daging yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan yang datang untuk menjamu hidangan Kebab di sini.


 

Menu untuk hidangan kebab terdiri daripada daging Kambing dan/atau ayam. Selain dari Kebab, kebanyakan kedai seperti ini menyediakan set yang digelar "HSP"; Halal Snack Pack.


~ CBD Kebabs Flinders Street - Operating Hour ~


 

Waktu operasi untuk CBD Kebabs Flinders Street adalah berbeza mengikut hari. Dari Ahad sehingga Khamis, kedai ini akan dibuka dari jam 10 pagi sehingga 3 pagi waktu tempatan.

Pada hari Jumaat dan Sabtu pula, kedai ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 pagi keesokkan harinya.


~ CBD Kebabs Flinders Street - Lamb Kebab ~


 

Oleh sebab ingin terasa hidangan Kebab, maka kami memesan hidangan Kebab Kambing. Terdapat pelbagai variasi sayur-sayuran untuk anda pilih.

Saya? Saya pilih untuk masukkan kesemuanya kedalam hidangan Kebab Kambing saya~

 
 

Harga untuk Lamb Kebab ini hanya 8 AUD sahaja, dan inilah rupa dalaman Lamb Kebab yang kami beli di CBD Kebabs ini. 

Ianya sangat besar dan kaya dengan isi kambing, menyebabkan ianya sesuai untuk dimakan berpasangan, lebih-lebih lagi ketika musim sejuk.

Namun, roti kebab yang disediakan ala-ala parita ini menyebabkan ianya menjadi keras jika dibiarkan lama.


**********

Kami tidak memesan hidangan HSP di CBD Kebabs disebabkan kami tidak tahu tentang perkara ini sehingga sahabat kami memberitahu kami.

Disebabkan kami lambat tahu, keesokkan harinya (pada waktu malam), kami terus mencari hidangan HSP di persekitaran kawasan Dolma Hotel di Moreland Road.

Saya akan berkongsi dengan aanda berkenaan dengan hidangan HSP selepas saya berkongsi pengalaman hari ketiga kami di Melbourne nanti. Kita ikut urutan ya?

Sampai disini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Jumpa lagi di post yang seterusnya, menceritakan pengalaman hari ketiga kami di Melbourne ini.

Bubbyeee~~~

3 comments: