Wednesday 11 October 2017

My Melbourne Journey (Part 16) - Flinders Street Station

Apabila sudah kenyang mengisi perut di Blok M Express, kami meneruskan perjalanan mematahkan kaki di sekitar Bandar Melbourne ini.

 

Tempat seterusnya yang kami tuju adalah Flinders Street Station, terkenal dengan ukir bina dan struktur binaannya yang unik. Namun, sebelum saya berkongsi dengan anda Flinders Street Station ini, saya kongsi dahulu perjalanan kami dari Blok M Express ke sini.

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post-post yang lain melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15<<

~ Flinders Street Station - To the station from Blok M Express ~

 

Perjalanan dari Blok M Express ke Flinders Street Station memakan masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki dengan jarak 800 meter. 

 

Disebabkan Tram di dalam kawasan bandar ini adalah percuma sahaja, maka kami sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk menggunakan pengangkutan awam ini~

 

Kami menaiki Tram dari Elizabeth Street, berhampiran dengan Blok M Express dan diakhiri di Flinders Street Station yang merupakan stesen terakhir Tram ini.

Untuk ke Flinders Street Station ini, anda perlu menaiki Tram yang bernombor 19 (North Coburg - Flinders Street Station) atau Tram bernombor 59 (Airport West - Flinders Street Station).

 

Terdapat juga pelbagai jenis Tram, baru dan lama yang melalui kawasan ini. Memang sungguh ceria kawasan ini~


~ Flinders Street Station - Meeting the H&M Building ~

 

Yang ini memang priceless, dimana H&M di Melbourne ini mempunyai bangunannya yang tersendiri. Kaki shopping memang akan rambang mata kalau masuk ke dalam bangunan ini.

Nasib baik kami ini mengejar waktu, kalau tidak memang boleh berkampung di dalam bangunan H&M ini.


~ Flinders Street Station - The Station ~

 

Akhirnya, tanpa memenatkan kaki dengan berjalan sejauh 800 meter, kami tiba juga di Flinders Street Station yang dikatakan mempunyai struktur bina yang unik di Bandar Melbourne ini. Betul ke?

 
Dipetik dari Google~

 
Ketika kami sampai di Flinders Street Station~

Kenapa lah sekarang ini juga hendak dibaikpulih struktur bangunan Flinders Street Station ini. Sudah tidak ada masa yang lain ke hendak dibaikpulih? Waaaaa~~

Meskipun sedih, tetapi perjuangan dan perjalanan harus diteruskan..

**********

Memang tidak dapat dinafikan kesedihan yang melanda hati yang nurani ini, kerana Flinders Street Station ini terpaksa ditutup demi menyediakan dan mengekalkan struktur bangunan yang sedia ada.

Disebabkan ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan, dan juga demi pelancong-pelancong yang akan datang, kami terpaksa akur~

Sampai disini sahaja perkongsian perjalanan kami ke Flinders Street Station. Untuk post yang seterusnya, kami akan berkongsi dengan anda satu kawasan dimana para artis menunjukkan bakat kesenian mereka di Hosier Lane pula.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment