Thursday 12 October 2017

My Melbourne Journey (Part 17) - Hosier Lane Melbourne

Melbourne ini merupakan salah sebuah bandar yang mempunyai daya tarikkannya yang tersendiri, dimana kerajaan Victoria menggalakkan seni-seni dilukis di sekitar kawasan bandaraya mahupun kawasan luar bandar.

 

Di Malaysia, perkara sedemikian dipanggil sebagai vandalism, iaitu aktiviti yang merosakkan harta benda intelek kerajaan. Tetapi ianya merupakan sebuah aktiviti rutin yang dilakukan di sekitar Melbourne ini.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post-post yang sebelumnya menerusi pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16<<


~ Hosier Lane Melbourne - Location ~

 

Lokasi Hosier Lane ini terletak kira-kira 200 meter dari Flinders Street Station, dan anda boleh berjalan kaki sahaja ke sini. Sekiranya anda berjalan kaki, masa yang diambil kira-kira 5 minit termasuk menunggu lampu isyarat bertukar menjadi merah~

Sila abaikan penampakan di sebelah kiri bawah itu, ya?


~ Hosier Lane Melbourne - Arts ~

 

Memang banyak lukisan-lukisan daripada artis tempatan mahupun artis dari negara lain datang ke Hosier Lane ini dan menunjukkan bakat masing-masing.

Boleh dikatakan Hosier Lane yang sepanjang 200 meter ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang unik-unik, cantik-cantik dan ada juga lukisan yang tidak tahu hendak cakap samada cantik ataupun tidak.

Berikut merupakan beberapa koleksi gambar yang kami ambil serta gelagat gadis-gadis yang tidak senonoh sepanjang berada di Hosier Lane ini~

 
 
 
 
 
 
 
 

Sebenarnya terdapat banyak lagi kawasan dan lukisan-lukisan disepanjang Hosier Lane ini, tetapi kawasan inilah yang kami rasa diantara yang paling cantik di sini.

Lukisan-lukisan ini boleh dikatakan bermusim, dimana pada setiap 3 bulan, lukisan-lukisan ini akan ditukar mengikut keadaan semasa.

**********

Apabila sudah puas mengambil gambar di Hosier Lane ini, kami seterusnya memanjangkan kaki ke "The Shrine of Remembrance", sebuah kawasan bersejarah yang menceritakan sejarah Bumi Australia ini sendiri.

Apa yang lebih mengejutkan kami adalah kelihatan ukiran negara kita "Malaya" di kawasan ini. Menarik bukan?

Saya akan berkongsi dengan anda semua pengalaman kami di "The Shrine of Remembrance" pula pada post yang akan datang.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment