Monday 9 October 2017

My Melbourne Journey (Part 15) - Lunch at Blok M Express, Melbourne

Disebabkan kami tidak memulakan pagi kami dengan bersarapan secara heavy, maka menjelang jam 12.45 tengah hari di Melbourne membuatkan kami kelaparan.

 

Selain daripada faktor tidak memulakan dengan sarapan yang berat, penat berjalan dan juga penat menukarkan MYR ke AUD di dalam otak juga menjadi salah satu faktor kami singgah makan sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya.

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post-post yang lain melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14<<


~ Blok M Express, Melbourne - It's Location ~


 

Blok M Express ini terletak di Little Bourke Street, kira-kira 1 KM dari Queen Victoria Market. Untuk ke Blok M ini, kami telah bersepakat untuk berjalan kaki sahaja ke sana (acah-acah bersenam).

Selain dari berjalan kaki, anda boleh juga menaiki Tram percuma yang boleh didapati di sekitar Melbourne ini. Apa yang anda perlu pastikan adalah laluan Tram untuk ke Little Bourke Street ini.


~ Blok M Express, Melbourne - Menu List ~

Disebabkan Blok M ini menyediakan makanan masakan Indonesia, maka segala-galanya (tetapi tidak semua) makanan yang ada di Malaysia dapat diperolehi di sini.

Berikut merupakan senarai makanan yang disediakan disini.

 
 

Memang menjadi lumrah apabila rakyat Malaysia melihat nama-nama makanan Indonesia di Melbourne ini, terus dibandingkan dengan MYR. Jangan bandingkan harga, kalau bandingkan harga pasti akan kebuluran di Melbourne ini.


~ Block M Express, Melbourne - Ordering System ~


 

Berbeza berbanding di Malaysia, di Blok M Express ini anda harus membuat pesanan di kaunter bayaran dan seterusnya membayar pesanan tersebut.


~ Blok M Express, Melbourne - Drinks ~


 

Sebelum kita melihat makanan-makanan yang kami pesan di kedai Blok M Express ini, terdapat satu bahagian di tepi kaunter bayaran yang menyediakan air kosong dengan percuma.

Tempat ini semestinya menjadi pusat tumpuan kami ketika menikmati setiap makanan yang kami pesan.


~ Blok M Express, Melbourne - Iga Bakar ~


 

Hidangan Iga Bakar di Blok M Express ini pasti membuatkan penggemar kambing terliur. Isi daging bakarnya yang lembut serta kuahnya yang manis, dihidangkan dengan nasi, sayuran dan sambal gelek ini semestinya anda ingin memesannya lagi.

Harga untuk hidangan ini adalah hanya 12 AUD.


~ Blok M Express, Melbourne - Mie Goreng ~


 

Mee yang digunakan di dalam hidangan ini seakan-akan mee wantan, bukannya mee kuning ataupun mee megi yang seringkali digunakan sebagai bahan asas di Malaysia.

Dengan kehadiran isi ayam sebagai penyedap rasa, mee ini juga sangat sedap lebih-lebih lagi dimakan panas-panas. Keropok juga di hidangkan bersama-sama didalam hidangan ini.

Harga untuk hidangan ini adalah 11 AUD sahaja.


~ Blok M Express, Melbourne - Nasi Goreng ~


 

Seakan-akan sama dengan hidangan Mie Goreng, hidangan Nasi Goreng pula menggunakan nasi sebagai bahan asas disamping kehadiran ayam sebagai penyedap rasa. Keropok juga ada~

Harga untuk hidangan ini hanya 11 AUD~


~ Blok M Express, Melbourne - Ayam Balado ~


 

Ayam Balado, atau nama lainnya Ayam masak cili ini juga agak pedas untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang tidak tahan pedas. Warna merah cili itu sendiri telah menceritakan segalanya.

Hidangan ini juga dihidangkan bersama-samanya Nasi Puteh dan sayur-sayuran.

Harga untuk hidangan ini hanya 11 AUD sahaja~


~ Blok M Express, Melbourne - Conclusion ~


 

Secara puratanya, hidangan yang disediakan di Blok M Express ini mampu untuk merawati rindu saya dengan memakan masakan ala-ala Malaysia.

Harganya pula berbaloi dengan harga tempatan (kalau convert, memang akan pengsan) dan kami memang berpuas hati makan di sini.


**********

Alhamdulillah kami semua sudah kenyang, dan setelah berehat untuk beberapa ketika (termasuk tukar pampers Izzat sebab dia poo poo), kami meneruskan perjalanan kami yang seterusnya.

Sudah pasti anda tertanya-tanya destinasi kami yang seterusnya, kan? Destinasi kami seterusnya adalah ke Flinders Street Station, Melbourne tetapi apa yang ada di sini?

Kalau anda ingin tahu apa yang ada di Flinder Street Station ini, nantikan post saya yang seterusnya.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment