Thursday 26 October 2017

My Melbourne Journey (Part 23) - Maru Koala and Animal Park

Setelah melihat keindahan pantai di Brighton Beach, kami meneruskan perjalanan kami untuk melihat haiwan-haiwan yang hanya boleh didapati di Australia sahaja; Kangaroo!

 

Bagi kangaroo makan, usap-usap kepala kangaroo dan melihat haiwan-haiwan yang lain telah membawa kami sekeluarga ke Maru Koala and Animal Park.

Untuk membaca post yang sebelumnya, sila klik pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22<<

~ Maru Koala and Animal Park - Location ~

 

Perjalanan dari Brighton Beach ke Maru Koala and Animal Park ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit, berjarak hampir 103 KM.

Disebabkan perjalanan yang jauh, Rantau Australia menyediakan makanan bungkus ala-ala bento sebagai makan tengah hari. Memang menjadi kebiasaan untuk Rantau Australia menyediakan makan tengah hari jika jarak perjalanannya jauh.


~ Maru Koala and Animal Park - Main Entrance and Admission Prices ~

 

Setelah 1 jam 30 minit di dalam kereta, yang menjadi faktor utama kekebasan punggung, akhirnya kami tiba juga di Maru Koala and Animal Park (selepas terlepas simpang beberapa kali).

 

Harga untuk memasuki Maru Koala and Animal Park ini tidak terlalu mahal sekiranya anda datang bersama-sama dengan keluarga. Harganya dalam AUD adalah seperti di dalam gambar diatas.

 

Di kaunter pembayaran pada pintu masuk ke Maru Koala and Animal Park ini, anda boleh membeli makanan kangaroo, yang juga boleh dijadikan makanan haiwan-haiwan yang lain. Harganya hanya 2 AUD satu bekas.

Adakah berbaloi jika anda membeli makanan kangaroo ini? Bagi saya, ianya memang berbaloi-baloi.

 

Selain dari makanan kangaroo, anda juga boleh membeli cenderamata yang dipamerkan di kawasan pintu masuk utama ini. Kebanyakan cenderamata yang ada di sini bertemakan haiwan-haiwan yang comel-comel~

 

Apabila ingin masuk, tangan dicop terlebih dahulu. Yang penting, pastikan cop ini tidak dilap kerana anda boleh masuk semula sebanyak yang boleh pada hari yang sama (khususnya untuk yang mengambil pass kemasukan All Day).


~ Maru Koala and Animal Park - Sheep Sheering Activity ~

 

Setiap hari pada jam 2.30 petang waktu tempatan, akan ada satu perkongsian kepada pelancong-pelancong yang datang ke Maru Koala and Animal Park ini berkenaan dengan aktiviti mencukur bulu kambing biri-biri.


 

Menurut kepada pakar pencukur bulu kambing biri-biri ini, kualiti bulu ini ditentukan oleh kelebaran yang dihasilkan di sepanjang proses ini. Sekiranya pencukur bulu ini terpotong bahagian ini, atau mencacatkan (tercabut) dari kulit, kualiti dan harganya akan berkurangan.


 
Hi awak. Pegang ape tuu~~

Kami juga diberi peluang untuk merasai sendiri bulu kambing biri-biri yang telah dipotong. Memang sangat lembut seperti gula-gula kapas.


 

Para pakar pencukur bulu kambing biri-biri ini juga mendapat keuntungan daripada kuantiti kambing biri-biri yang dicukur. Lebih banyak kuantiti, lebih tinggi kualiti, maka lebih tinggi keuntungan yang mereka perolehi.

Cuma kambing biri-biri yang di atas ini sahaja yang tidak boleh dicukur (Izzat).. Hahaha~


~ Maru Koala and Animal Park - Koala Viewing and Feeding ~

 

Satu lagi aktiviti yang kami sempat hadirkan diri adalah melihat Koala dan memberinya makan. Aktiviti ini dibuka pada jam 3 petang, dan berakhir pada jam 4 petang.


 

Di kawasan ini juga terdapat sebuah kawasan yang dipanggil Refuge Area, dimana kawasan ini adalah kawasan khas yang menempatkan haiwan-haiwan yang baru sampai di Maru Koala and Animal Park ini.

Anda boleh sahaja masuk, tetapi anda harus bertukar menjadi haiwan terlebih dahulu.

Oleh disebabkan kami akan melihat Kangaroo pula selepas ini, kami menghadkan masa kami di dalam kawasan Koala ini dan terus bergerak ke kawasan Kangaroo pula~


~ Maru Koala and Animal Park - Feeding the Kangaroo ~

 

Ini adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu, iaitu memberi makanan kepada kangaroo-kangaroo yang menginap di dalam Maru Koala and Animal Park ini.
 

Boleh dikatakan terdapat lebih kurang 30 ekor kangaroo yang kami temui mendiami kawasan Maru Koala and Animal Park ini, tetapi apa yang mengagumkan kami; perangkap samar yang jarang sekali kelihatan.

 
Selain dari kangaroo biasa, kangaroo albino juga turut menjadi sasaran kami untuk bergambar. Nampak si Najwa tu? Sebenarnya dia tu berada di dalam ketakutan dengan kangaroo sebenarnya.
Tidak percaya? Ini buktinya.
 
Nampak je senyum, tapi sebenarnya tengah meronta-ronta untuk melepaskan tangan~

Al-kisah si Najwa, penakut haiwan dan juga sayur-sayuran. Ingin mengambil gambar dengan kangaroo dan berkata "Akak, pastikan kakak tahan tangan wawa bila bagi makan ni. Wawa takut."

Siap ditarik tangan dan menjerit-jerit bila isteriku tidak melepaskan tangannya. "Taknak! Takot!" kata si Najwa... Entah tidak tahu kenapa..

Terasa geram pula tengok baby kangaroo yang berada di dalam poket ibu dia ini. Grrr...


 

Kangaroo albino yang kami temui di kawasan Maru Koala and Animal Park ini lebih kurang 2 ekor kesemuanya. Memang merupakan spesis yang unik~


~ Maru Koala and Animal Park - Facilities ~


 

Tempat yang paling penting bagi kami yang beragama Islam, iaitu ruangan Solat dan tempat berehat. Memang membuatkan kami teruja ketika melawat di Maru Koala and Animal Park ini.

Namun, disebabkan tiada bumbung di kawasan ini, menyebabkan karpet yang disediakan menjadi lembap dan basah. Ketika musim sejuk, memang ternyata kesejukkan karpet ini sehingga kaki anda boleh kena frostbite.

Tidak dilupakan juga tandas awam yang boleh didapati di dalam kawasan ini, betul-betul berada dibelakang ruangan solat ini.


~ Maru Koala and Animal Park - Scenery ~


 

Dimana sahaja kami pergi, sudah semestinya disertakan dengan gambar yang diambil khususnya bertemakan scenery. Maru Koala and Animal Park ini juga tidak terlepas dengan aktiviti ini.


 
 

Ok, next!


~ Maru Koala and Animal Park - Animals ~


 

Haiwan yang pertama adalah Wombat yang hanya boleh didapati di Bumi Australia sahaja. Memang pertama kali kami melihat Wombat ini dari jarak yang dekat.


 

Wombat yang berada di dalam Maru Koala and Animal Park ini agak sombong. Apabila kami datang melawat di tempat mereka, mereka semua sedang tidur. Hahaha~

 

Haiwan yang kedua adalah Tasmanian Devils, sungguh aktif melayan tetamu yang datang. Memang tidak boleh duduk diam si Tasmanian ini. Memang terbaik~

 

Yang ketiga adalah burung merak. Tiada yang unik berkenaan dengan burung ini sebab di Malaysia pon ada. Ok, seterusnya~

 

Anak kuda yang bernama Pony menjadi tempat penyinggahan sementara kami, merupakan haiwan yang keempat di Maru Koala and Animal Park ini~

**********

Maru Koala and Animal Park ini memang menarik untuk anda lawati sekiranya anda datang ke Melbourne. Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat seperti ini di sekitar Melbourne, tetapi menurut kepada yang pakar, tempat ini lebih menarik berbanding dengan tempat lain.

Setelah jam menunjukkan jam 4.15 petang, kami berangkat ke destinasi yang seterusnya iaitu Kilang Coklat di Phillip Island. Nantikan post saya yang seterusnya berkenaan dengan Kilang Coklat ini~

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi pada post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment