Friday 20 October 2017

My Melbourne Journey (Part 20) - Touring Melbourne City

Setelah saya berkongsi dengan anda berkenaan dengan tempat-tempat menarik yang kami lawati di sepanjang hari yang ketiga mengelilingi Bandar Melbourne, post ini adalah lebih kepada aktiviti santai kami di bandar ini.

 

Post ini mungkin agak bosan bagi anda kerana akan melebihi ke arah koleksi gambar-gambar disepanjang kami berjalan-jalan di sekitar bandar Melbourne.

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang lain melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19<<

~ Touring Melbourne City - Facilities ~

 

Terdapat beberapa kemudahan awam yang menarik di sekitar Bandar Melbourne ini, lebih-lebih lagi kemudahan ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dengan menyewa kemudahan tersebut.

 

Sekiranya anda datang ke Melbourne tanpa menggunakan sebarang Tour-Guide, anda boleh ke Melbourne Visitor Centre yang terletak berhampiran dengan Flinders Street Station.


 

Sekiranya anda berasa letih dan ingin berehat-rehat di sekitar Melbourne, memang banyak kawasan seperti gambar diatas yang menyediakan kawasan untuk anda berehat dan juga beriadah.


 

Memang jarang sekali kelihatan motorsikal berkuasa rendah di persekitaran Bandar Melbourne ini kerana harga motorsikal berkuasa tinggi yang dijual di sini amat murah.

Tempat parking untuk motorsikal juga sukar untuk dilihat, dan para penunggang kenderaan ini hanya parking di hadapan bangunan sahaja, bukannya di atas jalan raya.


 

Kehadiran batu-batu ini sebenarnya mempunyai ceritanya yang tersendiri. 

Pada asalnya, batu-batu ini tidak diletakkan disini, namun apabila berlaku pelbagai kes kenderaan melalui jalan ini (yang tidak sepatutnya lalui), mereka menghalang laluan ini dengan meletakkan batu.

Terdapat juga kes dimana berlaku kemalangan di waktu malam dimana kenderaan terbabas melalui kawasan ini.


 

Melbourne menyediakan kemudahan yang cukup sempurna kepada penduduk, pelajar dan juga pelancong-pelancong yang datang melawat kawasan ini.

Sistem Tram yang teratur dan terperinci menyebabkan kurang berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Bandar Melbourne ini.


 

Selain dari sistem Tram, sistem kereta api antara bandar juga boleh didapati di sini. Sekiranya anda ingin ke bandar yang lain, anda boleh menaiki kereta api sahaja~


~ Touring Melbourne City - Chemist Wardrobe ~


 

Sekiranya anda peminat kepada wangi-wangian, Chemist Wardrobe adalah kedai yang patut anda singgah ketika berada di Melbourne.


 

Memang banyak koleksi wangi-wangian dan juga barangan-barangan kosmetik yng dijual disini. Memang murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia.


~ Touring Melbourne City - St. Paul Citadel ~


 

St. Paul Citadel di Bandar Melbourne ini merupakan sebuah gereja yang agak terkenal di kalangan pelancong-pelancong yang datang ke sini. Ianya berhampiran dengan Flinders Street Station.

**********

Memang banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh didapati di persekitaran kawasan Bandar Melbourne ini. Disebab kami mengejar masa, banyak tempat-tempat yang menarik yang kami tidak dapat lawati.

Akhirnya tamat sudah perkongsian saya berkenaan dengan perjalanan mematahkan kaki kami pada hari yang ketiga di Bandar Melbourne.
Post yang seterusnya akan menceritakan pengalaman kami di Melbourne pada hari yang keempat. Hari yang keempat ini juga merupakan hari yang panjang bagi kami.

Nantikan post saya yang seterusnya. Jumpa lagi~

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment