Wednesday 26 April 2017

Monumen Park Kuala Terengganu Review - Part 2

Hi semua!

Selamat kembali ke siri Monumen Park yang terletak di Kuala Terengganu. Bagi sesiapa yang masih belum baca bahagian 1, boleh klik link ni: Part 1.

 

Sebelum kita sambung dengan Monumen yang ke-11 hingga ke-20, kami ingin share sesuatu yang amat penting.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Passport Monumen Park ~
Gambaran atas tu adalah Passport kemasukan ke Taman Monumen. Kalau anda teliti betul-betul, sebelah kanan ada tertulis First Visit, Second Visit dan Third Visit.

Masuk dah semestinya anda kena bayar lagi sekali untuk kali yang kedua dan ketiga, tetapi kalau anda bawa semula passport ni, anda boleh dapat sesuatu yang percuma.

Untuk kemasukan kali yang ke-2, anda akan mendapat Train Ride ataupun Bicycle Ride dengan percuma. Untuk kali yang ke-3, anda akan mendapat 30% diskaun untuk sewa buggy serta Train Ride ataupun Bicycle Ride dengan percuma.

Tanpa membuang masa, jom kami share Monumen yang ke-11 sehingga Monumen yang ke-20.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 11. Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Afganistan ~

 

Makan yang terletak di Afganistan ini dibina bagi mengenang jasa ahli teologi terkenal, Khwaja Abu Nasr Parsa yang meninggal dunia pada tahun 1460 atau 1461 (tahun kematian beliau tak sure).

 

Keseluruhan makan ini sidaluti dengan jubin mozaik berwarna biru yang memberikan ruangan dalaman yang sejuk dan dingin.

Kali terakhir makan ini dibaik-pulih adalah pada tahun 1975. Akibat pertelagahan puak-puak yang menginap di Afganistan, makam ini telah dibedil dengan roket di bahagian hadapan pada tahun 2003.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 12. Masjidil Haram, Saudi Arabia ~

 

Menurut keimanan umat Islam, Haram Sheriff telah didirikan oleh Malaikat sebelum kejadian umat manusia oleh Allah s.w.t. dimana Allah s.w.t. mentasbihkan satu tempat solat untuk mencerminkan al-Baytul I-Makmur, tempat malaikat mengerjakan solat mereka.


 

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam a.s. dengan bantuan para malaikat. Setelah beberapa kali mengalami kerosakan akibat ditimpa bencana dan punca-punca lain, Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail a.s. memperbaiki Kaabah dengan perintah Allah s.w.t.


 

Program perluasan bermula pada zaman Sultan Abdul Aziz pada tahun 1955 menyaksikan keluasannya bertambah dari 19,000 meter persegi ke 160,000 meter persegi dalam tempoh masa 20 tahun (pada tahun 1975), tanpa menjejaskan keaslian binaan asal.


 

Sehingga ke hari ini, program perluasan masih diteruskan demi memberikan keselesaan kepada seluruh umat Islam di serata dunia tempat untuk menunaikan Ibadah Haji dan juga Umrah.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 13. Aleppo Citadel, Syria ~


 

Aleppo Citadel ni merupakan kubu pertahanan yang dikatakan antara yang tertua di dunia, dimana ianya terdiri daripada 3 lapisan tembok batu yang kuat dan sukar untuk ditembusi.

Sewaktu penaklukan dari pihak Mongolia pada sekitar tahun 1269 and 1400, kubu ini kemudiannya menjadi sebuah kota dibawah kepimpinan Ghazi, anak kepada Panglima Perang Salahuddin atau lebih dikenali sebagai Saladin.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 14. Alabaster Mosque, Eygpt ~

 

Masjid yang direka oleh jurubina Yunani yang bernama Yussuf Bushnaq ini terletak di daerah Al-Qalaa, Kaherah dinamakan sempena pengasas sebuah dinasti Mesir pada tahun 1952 yang bernama Mohammed Ali.

Pemerintahan Mohammed Ali selama lebih dari 45 tahun telah membawa banyak perubahan dari segi politik, social dan ekonomi, yang lebih dikenali sebagai Zaman Renaissance Mesir.

Mohammed Ali memutuskan untuk membina sebuah masjid bermodelkan Masjid Sultan Ahmad di Turkey yang mengambil masa dari tahun 1830 hingga 1848.

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Alabaster kerana banyak menggunakan Alabaster yang diperolehi dari Bani Suef.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 15. The Prophet Mosque (Al-Nabawi), Saudi Arabia ~


 

Nama Arab yang panjang bagi Madinah (Madinah Rasul Allah) bermakna "Kota Rasullullah", merupakan bandar yang penting sebagai tapak keagamaan berasal dari kewujudan Masjid Al Nabawi (Masjid Nabi) dimana dibina diatas tapak rumah Rasullullah dan juga tempat Baginda disemadikan.

Menurut sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan kaedah menetapkan tapak masjid dengan melepaskan untanya dan dimana tempat untanya berhenti untuk berehat dipilih sebagai tapak masjid.

Masjid Nabi merupakan institusi pertama dibina mengikut baginda berhijrah pada tahun 622 dari tempat baginda dilahirkan, Mekah ke bandar Yathrib.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 16. Suleyman Mosque, Turkey ~


 

Suleyman yang agung mengarahkan jurubina Uthmaniyah yang terkenal, Sinan, membina sebuah masjid yang sepadan dengan kedudukannya, maka masjid tersebut dibina diatas salah sebuah bukit yang terdapat di Tanduk Emas.

Masjid ini beserta dengan structur-struktur yang lain seperti Madrasah, Bangunan untuk menyimpan senjata, bilik rawatan, tempat letak karavan, sekolah perubatan dan awam, hamam, hospital, penjara dan kedai-kedai.

Masjid ini dibina bermula pada tahun 1550 dan selesai pada tahun 1557 dimana ianya juga mengandungi makam Suleyman dan juga permaisurinya, Roxelana.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 17. The Great Mosque of Qairawan, Tunisia ~


 

Tunisia merupakan sebuah bandar keagamaan yang masih lagi wujud sebelum abad ke-10 lagi, dimana monumen yang tertua di Tunisia ini adalah "The Great Mosque of Qairawan".

Masjid ini telah dibaik pulih sebanyak 3 kali menjelang tahun 862 sehingga zaman pemerintahan Aghlabid, Abu Ibrahim Ahmad dimana lakaran masjid ini menjadi model pembinaan masjid-masjid lain di Tunisia.

Reka bentuk dan saiz monumen ini melambangkan perpaduan masyarakat ataupun komuniti terhadap yang Esa dimana semuanya adalah sama-rata di dalam Masjid ini.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 18. Al-Hambra Citadel, Spain ~


 

Al-Hambra yang merupakan sebuah istana dan kubu kuat ini terletak di Andalusia, Spain. Pada asalnya, kubu ini dibina dalam skala yang kecil pada tahun 889 diatas peninggalan tapak Kubu Rome sehingga proses penambahan dan perluasan kubu ini merosakkan struktur asal binaannya.


 
Gambar ikhsan dari Google.

Sungguh sayang sekali, Monumen ini sedang dalam proses penyelenggaraan, maka kami hanya boleh menunjukkan rupa bentuk sebenar dengan bantuan Mr. Google.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 19. Kalyan Minaret, Uzbekistan ~


 

Menara ini dibina oleh Arslan-Khan dan diberi nama Menara Kalyan (Agung). Menara ini dibina sebanyak 2 kali, dimana kali pertamanya menara ini runtuh disebabkan tapak tanahnya yang lembut. 

Asas baru yang lebih kukuh dalam pembinaan untuk kali yang ke-2 dan menara ini akhirnya siap dibina pada tahun 1127.

Menara Kalyan merupakan satu contoh kejuruteraan sivil yang sempurna dan merupakan senibina yang unggul. Batu bata digunakan untuk membentuk menara yang tersergam teguh dengan tapak yang lebar tetapi meruncing.
Menara ini berfungsi sebagai menara pengawal selama 8 abad, serta sebagai rumah api bagi pelayar-pelayar yang datang untuk berdagang di negara ini satu ketika dahulu.

~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No. 20. Agadez Grand Mosque, Niger ~


 

Masjid Besar Agadez yang terletak di Air Massif di tengah-tengah Niger dibina pada abad ke-16 ketika kota itu sedang pesat membangun. Masjid ini diperbuat daripada tanah kering mengikut gaya senibina Sudan. 

Ia dilengkapi dengan menara yang berbentuk piramid setinggi 27 meter (90 kaki), dan dipasang dengan 13 baris pancang untuk menguatkan struktur dan juga bertindak sebagai perancah apabila pembaharuan pada permukaan struktur ini dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Masjid menjadi ciri utama di kebanyakan bandar Afrika Barat, menjadi kebiasaan menggabungkan struktur Islam dengan tiang-tiang asli berbentuk kon serta makam nenek moyang.


Memang menarik sejarah Islam di merata dunia ni, dengan berpandukan monumen-monumen yang ada di dalam Monumen Park ni.

Pada post yang seterusnya, saya akan berkongsi Monumen yang selebihnya serta muzium-muzium dan artifak-artifak yang terdapat di dalam Monumen Park ni.

Dengan ini, saya mengundurkan diri terlebih dahulu. Jumpa lagi di post yang akan datang~

Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment