Wednesday, 19 April 2017

Pasar Payang Kuala Terengganu Review

Salam Sejahtera Semua!

Post kali ini saya akan berkongsi dengan korang pengalaman kami ber-shopping sakan di Kuala Terengganu, mana lagi kalau tidak lain tidak bukan di Pasar Payang Kuala Terengganu~

 

Sebelum kita masok ke dalam Pasar Payang ni, ada satu benda yang saya nak share dengan korang.


~ Pasar Payang Kuala Terengganu Review - Tempat Parking ~
Area Pasar Payang ni memang terlampau crowded, lebih-lebih lagi di waktu pagi dan petang. So, nak mencari tempat parking ni memang payah. Kalau you guys boleh dapat parking kat tepi jalan, jangan lupa ucap Alhamdulillah~~

 

Tapi kalau korang tak dapat jumpe gak, korang leh je parking kat bangunan tepi Pasar Payang tu, bangunan yang ber-colourful ni~

Parking Rate untuk park kenderaan kat sini saya tak beberapa pasti, mungkin sesiapa yang selalu datang sini boleh inform kat saya~


~ Pasar Payang Kuala Terengganu Review - Lower Ground Gate ~
Kawasan bawah Pasar Payang ni banyak menjual makanan-makanan seperti jeruk-jeruk, buah-buahan dan juga souvenir-souvenir. Nak cakap pon agak susah, so jom kita tengok apekah makanan-makanan dan souvenir-souvenir yang ada kat sini~

  

Kat pintu masuk sebelah kiri (berhampiran dengan parking bertingkat yang colourful tu), ada dijual buah-buahan, minuman cordial, dan macam-macam lagi.

Topi-topi, kain-kain batik printed mahupon alat-alat sukan seperti Roller Blade pon ada~



Irfan pun dapat souvenir dari Kuala Terengganu, iaitu set bantal kepala dan bantal peluk Robocar Poli. Mommy pula keletihan dan terpaksa senyum sebab nak ambil gambar~

Hihihi~

Jom kita masuk lebih dalam lagi~


~ Pasar Payang Kuala Terengganu Review - Inner Lower Ground ~
Di bahagian dalam ni lagi la mewah, penuh dengan makanan jeruk-jeruk dan juga makanan ringan seperti keropok, biskut kering dan sebagainya.

   

Eh akak, jual jamu Qu Puteh ke?


~ Pasar Payang Kuala Terengganu Review - Upper Ground ~
Bila dah puas jalan-jalan kat bawah (termasuk cuci mata), kami pun naik la kat atas pula~


   

Kawasan atas ni memang merupakan Syurga bagi Kaum Perempuan, sebab semua kain-kain yang cantik kat atas ni semuanya murah-murah kalau nak dibandingkan di Kuala Lumpur.


 

********** Tips **********
Kalau korang nak beli souvenir, korang beli la kat bahagian atas, lebih murah (dan banyak) kalau dibandingkan dengan kedai-kedai kat bahagian bawah~

Kalau korang plan nak bawa balik barangan yang banyak, pastikan beg korang tu muat ye (kalau naik kapal terbang)~
**************************

Antara barangan yang selalunya tourist cari kat Pasar Payang ni adalah Baju Kelawar, Jeruk-Jeruk dan Kain Batik sebab memang terbukti jauh lebih murah dari Kuala Lumpur~

Maka, tamat lah sudah sesi membeli belah kat sini. Ada gak la dalam 2 jam kat dalam Pasar Payang ni, sampai tak sedar waktu nak kena pergi kat tempat lain.

Sampai dua kali kitorang datang sini sebab yang pertama kali tu just racky-racky je dulu. Bila dah taw, kali yang kedua plak masa untuk sorbuuuu~~

Orait, jumpa lagi di post yang lain~

Bubbyeeee~~

2 comments:

  1. Next time,turun terengganu lg.Call sy tuan.Boleh bwk pergi tmpt2 menarik yg lain pula.Contact no. 01137530462 Mia

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, Saya ambil maklum. Terima kasih.

    ReplyDelete