Thursday 27 April 2017

Monumen Park Kuala Terengganu Review - Part 3

Hi semua!

Dalam post kali ni, saya akan berkongsi monumen yang terakhir serta muzium-muzium dan artifak-artifak Islam yang ada di dalam Monumen Park Kuala Terengganu ni.

 

Kepada sesiapa yang masih belum membaca post-post sebelumnya, boleh klik link ni: Part 1 dan Part 2.

Tanpa membuang masa, jom kita teruskan ekspidisi menerokai keindahan sejarah ketamadunan Islam di Monumen Park Kuala Terengganu ni.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 21. Kul Sharif Kazan Mosque, Russia ~

 

Khanat dari Kazan, yang merupakan salah sebuah negara Russia yang memerintah Timur Laut Eropah di antara tahun 1437 hingga 1553 pada mulanya diasaskan oleh orang Turki. 

Pada musim panas tahun 1552, pertempuran sengit berlaku diantara angkatan Khanat dengan Rusia (dibawah pemerintahan Tzar Ivar yang kejam) dimana Tzar merempuh Tatarstan dan membunuh orang Islam serta membakar masjid-masjid demi menyebarkan agama ortodoks Rusia.

Pertempuran paling sengit berlaku di kawasan masjid dan di Madrasah Kul Sharif dimana semua pelajar dan guru termasuk Seyyid Kul Sherif telah terkorban.

Masjid baharu Kul Sharif dibina semula diatas tapak masjid yang lama pada tahun 1996 dan diusahakan oleh sekumpulan syarikat arkitek "Tatinvestgrazhdanproyect" yang memenangi projek pembaikpulihan masjid tersebut.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 22. TTI Waterwheel ~

 

TTI Water Wheel ini membawa maksud Kincir Air Taman Tamadun Islam (TTI). Tiada apa-apa yang menarik tentang kincir air ini, kecuali ianya dapat memberi serba sedikit ilmu pengetahuan kepada generasi-generasi yang akan datang bagaimana orang dahulu kala menjana tenaga untuk memproses makanan (Gandum).


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - National Mosque Muzium ~

 

Salah satu Muzium yang terdapat di Monumen Park Kuala Terengganu ini adalah National Mosque Muzium, yang terletak dibawah National Mosque Monumen.

Di dalam muzium ini terdapat pelbagai khazanah negara serta artifak-artifak penting yag digunakan oleh penduduk di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Batu Bersurat Terengganu ~

 

Batu Bersurat Terengganu merupakan artifak tertua yang mengunakan tulisan jawi sebagai perantaraan. Artifak ini mengisahkan bahawa Agama Islam telah sampai ke Terengganu pada tahun 1326 atau 1386.

Batu Bersurat ini dijumpai secara tidak sengaja berhampiran Sungai Teresat di Kuala Berang oleh seorang pedagang Arab yang bernama Sayid Husin Ghulam al-Bukhori  selepas kejadian banjir melanda Kuala Berang pada tahun 1899.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Pekakas Bertulisan Jawi ~

 

Ini juga merupakan salah satu Artifak yang penting, dimana artifak yang berbentuk seperti lesung dan juga pekakas rumah yang diperbuat dari gangsa ini mempunyai ukiran jawi pada setiap bahagian luaran.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Ukiran Khat ~


 

Ukiran Khat ini merupakan satu seni lukisan jawi yang berlandaskan bentuk-bentuk yang unik, sangat berbeza dengan lukisan jawi biasa.

Ukiran Khat ini terbahagi kepada 2 jenis: Khat Kayu dan Khat Logam. Khat Kayu diukir diatas kayu manakala Khat Logam pula diukir diatas logam. Gambar diatas adalah contoh lukisan khat biasa dimana gambar bawah pula merupakan contoh ukiran Khat Logam.


 


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Kain Songket ~

 

Bagi kaum Melayu, Kain Songket merupakan kain tradisi yang hanya dipakai oleh raja-raja ataupun sultan-sultan pada suatu ketika dahulu. Kini, terdapat pelbagai jenis kain songket yang boleh dipakai oleh rakyat jelata.


Sampai disini sahaja untuk perkongsian kami bagi National Mosque Muzium.

Pada post yang akan datang, saya akan berkongsi kepada anda semua 2 lagi muzium yang terdapat di Monumen Park Kuala Terengganu ni.

Jumpa lagi di post yang akan datang~

Bubbyeee~

No comments:

Post a Comment