Thursday 29 December 2016

Tips for Him : Surprise Birthday Celebration at Laman Grill, Bangi

Hi semua. Semalam, 28 hb December merupakan hari kelahiran isteri yang tercinta. So, saya ada gak buat surprise birthday celebration kt dia di Laman Grill, Bangi. Of course la, untuk menyambut someone special, kita akan rasa xkisah untuk berbelanja, lagi2 makanan idaman si isteri.. Ye dak?

 

So, meh sini saya share sikit tips untuk para-para kaum lelaki yang nk appreciate si isteri yang kita kasihi.. Well, kepada yang belum kawin pon boleh juga... Senang cerita, sape2 jela.. 


1. Lokasi

Batul tu.. Lokasi memberikan peranan yang sangat penting.. Sekiranya si isteri sedang bekerja, cari lokasi yang dekat-dekat dengan tempat kerja si isteri. Kenapa? Ini adalah untuk memudahkan si isteri untuk datang ke tempat pertemuan, dan juga mengelakkan daripada si isteri untuk bawa kereta terlampau jauh.

Kalau nak mengambil isteri pon OK. Lagi bagus sebenarnya. Yang penting, bagitau yang nk bawak untuk sambut birthday berdua sahaja (kalau ada anak-anak kecil, tinggalkan kejap kt nursery ataupon rumah jagaan). Kalau ada anak-anak yang bersekolah, amik masa time Lunch Hour instead masa Dinner Hour sebab si isteri ni sangat sayang pada anak-anak dan nk masa bersama anak-anak.


2. Harga

Ada di kalangan isteri-isteri yang suka makan makanan yang mahal-mahal.. Dan ada juga isteri-isteri yang suka makan makanan yang murah-murah sahaja, janji perut kenyang.. Betul x?

Tapi, kaum lelaki kne perhati lenggok-lenggok si isteri lebih-lebih lagi 2 - 3 minggu sebelum birthday si isteri.. Kompom akan ada je hasrat kt hati nk makan itu, nk makan ini..

Untuk kes saya ni, isteri saya asik berulang-ulang kali cakap nk makan steak, tapi mahal.. Bila dh asik ulang-ulang je, paham-paham jela ye? So, disebabkan dia kata nk steak, so saya bawak la ke sini..

Bagi dia peluang untuk order apa saja yang dia nak.. Walaupon mahal, telan jela... Setahun sekali lagipon, kan? So, kitorang order makanan kt bawah ni...

 
Sirloin Steak 220gram untuk si dia..

 
T-Bone Steak 600gram untuk si saya... Ehehehe... Maklumlaa... Setahun sekali...

  
Tengok dier nyer juicy tu... Kitorang amik "Well Done" saja.. Banyak pilihan masakan kalau korang nk amik..


3. Rancang untuk kejutan

Yes.. Isteri sukakan kejutan.. Cam tahun lepas, saya bg kejutan hadiah set kecantikan dan bunga ros dalam banquet.. Pergh... Mane x cairnyer bro... Sampai ke harini masih simpan lagi bunga tu kt ruang tamu.. 

Ada je bunga-bunga yang murah.. RM 30 siap boleh dapat 8 kuntum bunga siap decorate lagi.. Kalau kt area Kajang, pegi kt Pasar Besar Kajang.. Tepi tu ada kedai bunga yang murah, betul-betul kt tepi jalan.. Kalau xjumpa, pusing satu round.. Kalau xjumpe gak, maksudnya aunty tu xberniaga la haritu... Huhuhu..

Kalau kt restaurant plak, pegi terlebih awal untuk bincang dengan waiter untuk sebarang kejutan yang diorang boleh buat.. Si isteri ni sebenarnya xkisah pon samada surprise tu dalam bentuk kek atau brownies atau muffin.. Yang penting orang kedai tu kne pandai decorate... Jgn risau, diorang memang pandai decorate, kecuali buat celebration kt Kedai Mamak... Silap haribulan lilin dia tu dier kasi letak lighter jer.. Hehehe... Joking brader..

Untuk pemilihan kek atau brownies atau muffin, kne tengok jugak ayat yang selalu dier repeat.. Kalau selalu repeat tu, maksudnya dia nk lagi la tu.. So, buat pilihan yang tepat ye?


4. Masa

Plan masa untuk bagi kejutan yang di rancang kt atas tu.. Masa memainkan peranan yang penting, samada nk bg kejutan sebelum main dish sampai atau selepas habis makan-makan..

Mengikut kesesuaian persekitaran, kadang-kadang kejutan sebelum adalah kurang sesuai. Kenapa? Tengok perilaku si isteri.. Kalau si isteri ni seorang yang pemalu, better buat selepas makan.. So, bila dh habis makan, dapat surprise birthday celebration, then makan, pastu boleh chow.. Xde la amik masa yang lama sangat.. 

Kalau isteri korang memang yang jenis selamber rock, so kejutan awal akan menjadi lebih menarik sebab dia menjadi tumpuan untuk masa yang agak lama..

 
Tersenyum lebar si isteri dapat surprise birthday celebration.. Sampai sayang nk makan sebab terharu sangat..


5. Rahsia

Betul... Kaum Adam juga kena berahsia.. Xboleh nak cakap lepas saja... Ehh jap... Ni pasal apa ye sampai nk kne rahsia-rahsia ni? Haaa... Rahsiakan yang korang nk buat surprise birthday celebration.. Cakap kt si isteri yang nk Lunch sempena Birthday saja... Xperlu nk detail-detail sangat.. Kang dh xsurprise dah..

Kemudian, rahsiakan gak berapa jumlah harga makanan yang korang sediakan untuk Birthday Celebration.. So that isteri korang akan terasa terharu dengan korang dan bertambah sayang.. Kalau dh bayar tu, jangan simpan resit dalam dompet.. Kang xpasal-pasal isteri taw berapa harga..

*************************************************************************************

Bukan senang nk menghargai isteri kita yang mengandungkan dan melahirkan anak-anak kita. So, give them lots of appreciations and lots of surprises ya?

Ok bro? Kalau saya boleh buat, mesti korng pon boleh buat lebih gempak dari saya.. Chow dulu..

1 comment: