Tuesday 13 December 2016

Krabi Review : 4 Islands (Poda Island)

Poda Island merupakan destinasi yang ke-tiga di dalam 4 Islands Hopping untuk kali ni. Untuk pengetahuan yang pertama kali melihat post ini, ini adalah berkenaan dengan percutian sekeluarga di Pulau Krabi, Thailand. Post yang pertama berkenaan dengan 4 Islands dan juga harga dalam Bhat boleh didapati di penghujung post.

 

Jarak diantara Chicken Island dan Poda Island hanyalah selama 15 minit, dan mando kami mengatakan bahawa perhentian kami di sini adalah selama 1 jam dan 45 minit.. Di sini adalah tempat yang sesuai untuk berehat-rehat, sambung snorkling dan juga makan tengah hari.. Al maklum la, bertolak pd jam 9 pagi dari Ao Nang Beach...


     
Suasana persekitaran Pulau Poda.. Sangat tenang untuk jiwa yang lara ni... Hahahaha...

  
Izz Izzat Shah yang sedang bertenang di tepian pantai~~

 
Wajah yang sangat bertenang di atas buaian dahan... Apa pandang2?


Kt sini, ikan-ikan pon turut berenang kt tepian pantai, which is the best place untuk continue snorkeling kalau xpuas snorkeling kt Chicken Island.. Orait.. Jom kita jalan-jalan di persekitaran kepulauan ini... Menikmati saat2 indah mengambil gambar-gambar panorama yang xde kt Malaysia..

              
Seronoknyer bila berada kt sini.. hilang segala kerisauan dan stress..

Kt sini juga ada convenience store.. Atau dikenali sebagai kedai runcit.. Kt sini yang paling menarik adalah jagung bakar mereka.. Ni la rupa kedai yang menjual jagung bakar dan juga benda-benda yang lain..

 
Ni la kedainya... Sungguh sempoi dan legend... Dikendalikan oleh askar-askar Thailand sbb berpakaian askar..

 
Ini buktinyaa~~ Huhuhu..

   
Memang sedap jagung diorg.. Manissss... Kne try bila datang ke sini..

Setelah selesai 1 jam dan 45 minit, kami pon kembali ke boat laju dan berangkat ke next destination..

 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan post 4 Island yang pertama (beserta harga), sila klik >>disini<<

Harga tambahan jika nak makan jagung bakar...

Jagung Bakar = 80 Bhat/Setongkol

Post yang seterusnya adalah 4 Island - Phra Nang Cave Beach Island.. Stay Tune~~

No comments:

Post a Comment