Monday 4 June 2018

Iftar 2018 at Sushi Ya-Mi Cyberjaya Review

Bulan Puasa 2018 kembali lagi, kali ini group-group bujang senang telah mengajak saya untuk berbuka puasa bersama-sama (sebenarnya saya yang ajak mereka.. hehehe...)

 

Mencari tempat untuk berbuka puasa pada kali ini agak mencabar kerana masing-masing tidak tahu ingin membuka dengan juadah yang mana satu, sehingga akhirnya kami mendapat kata putus untuk menikmati makanan Jepun di sekitar Cyberjaya.

Apakah yang telah kami nikmati ketika berbuka puasa di sini? Jom saya kongsikan dengan anda semua.


~ Iftar 2018 at Sushi Ya-Mi Cyberjaya Review - Useful Information ~

 

Kedai Sushi Ya-Mi yang terletak berhampiran dengan Nasi Kak Wok Cyberjaya ini dibuka seawal jam 11.00 pagi dan tutup pada jam 10.00 pagi, setiap hari kecuali pada hari Ahad (kedai ini tutup pada hari Ahad).

Bagi mereka yang suka makan malam, jam yang terakhir untuk anda memesan pesanan adalah pada jam 9.30 pagi.


 

Setiap meja mempunyai nombornya yang tersendiri, menyenangkan anda untuk memesan sebarang pesanan yang anda inginkan. 

Begitu juga dengan harga sushi mengikut warna pinggan, dimana sushi yang disediakan adalah di dalam lingkungan RM 1.90 sehingga RM 3.90.


~ Iftar 2018 at Sushi Ya-Mi Cyberjaya Review - The Menu ~

 

Di kedai Sushi Ya-Mi ini mempunyai lebih daripada 75 jenis hidangan makanan Jepun yang anda boleh nikmati, daripada hidangan Sushi sehingga ke hidangan Bentou.

Namun, untuk minuman hanya disediakan 4 jenis minuman sahaja.


~ Iftar 2018 at Sushi Ya-Mi Cyberjaya Review - The Side Dishes ~


 

Di antara 75 jenis hidangan yang disediakan di sini, menu Sushi sahaja sudah mengambil hampir 50% daripada jumlah keseluruhan menu di Kedai Sushi Ya-Mi ini.

Memang di sini terkenal dengan hidangan sushi yang unik dan juga lazat. Selain daripada hidangan sushi, terdapat juga beberapa hidangan sampingan yang lain yang anda boleh pesan seperti Chawan Mushi, Edamame dan lain-lain.


 
Edamame (Kacang Peas) yang berharga RM 3.90~

 
Chawan Mushi yang berharga RM 4.90~


~ Iftar 2018 at Sushi Ya-Mi Cyberjaya Review - Main Dishes ~


 

Apabila disebut berkenaan dengan Hidangan Utama berbuka puasa, sudah semestinya ia merupakan hidangan yang berat seperti Set Bentou mahupun hidangan yang berasaskan nasi.

Berikut adalah hidangan-hidangan utama yang menjadi pilihan kami.


 
Chicken Teriyaki Don - RM 11.90~

Hidangan Chicken Teriyaki Don ini dihidangkan bersama-sama dengan nasi dan juga Miso Sup. Rasa hidangan ini agak kemanisan disebabkan ayamnya yang telah dituang dengan Sos Teriyaki (sosnya yang berasa manis).


 
Unagi / Saba Shio Bento - RM 30.90~

Hidangan ini diantara hidangan yang termahal di kedai Sushi Ya-Mi, dimana ianya terdiri daripada Belut Bakar, Ikan Mackerel Bakar, Miso Sup, Nasi dan beberapa potongan buah-buahan.

Rasa hidangan ini juga agak manis dengan kehadiran sos di atas Belut Bakar.


 
Unagi / Chicken Katsu Bento - RM 30.90~

Sama seperti hidangan sebelumnya, hidangan ini menggantikan Ikan Mackerel Bakar dengan Ayam Goreng. Hidangan yang lainnya adalah sama seperti hidangan sebelumnya.

**********

Hidangan yang dihidangkan di kedai Sushi Ya-Mi ini boleh dikatakan agak manis jika dibandingkan dengan kedai-kedai makanan Jepun yang lain, namun ianya tidak lah terlalu manis sehingga tidak boleh dimakan.

Hidangan sushi yang disediakan disini memang cukup menarik, dimana sekiranya anda tidak pergi ke Sushi King, anda boleh menikmati hidangan yang hampir sama di sini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Selamat berpuasa! Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment