Monday 18 June 2018

Avillion Water Chalet Port Dickson Review (Part 1)

Pada awal tahun 2018, keluarga sebelah isteri telah berpakat untuk membuat aktiviti retreat ke Port Dickson, Negeri Sembilan dengan menetap di sebuah hotel yang berada di atas laut; Avillion Water Chalet.

 

Di Port Dickson ini memang banyak Hotel yang bernama Avillion, dan hanya di Avillion Water Chalet ini sahaja yang mempunyai hotel di atas lautan, di pesisiran pantai.

Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan dengan anda semua keadaan bilik yang disediakan di Avillion Water Chalet Port Dickson ini.


~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - Hotel Reception ~

 

Di perkarangan reception Hotel Avillion Water Chalet, pihak hotel menyambut kedatangan para tetamu dengan menjamu minuman dan juga tuala panas bagi mereka yang inginkan kesegaran semula akibat keletihan memandu untuk sampai di sini.

Oleh disebabkan kami membuat tempahan melalui Agoda, maka segala urusan di kawasan ini menjadi lebih mudah dan pantas.


~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - Going to Hotel Room ~

 

Perjalanan ke kawasan Water Chalet agak jauh daripada kawasan Reception, dimana ianya mengambil masa sehingga 5 minit perjalanan sebelum sampai ke perkarangan bilik hotel.

 
 

Di sepanjang perjalanan kami menuju ke bilik hotel, terdapat pelbagai lokasi yang menarik yang akan saya kongsikan dengan anda pada post yang ke-dua (Part 2) kelak.


~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - The Water Chalet Room ~

 

Setelah berjalan kaki selama 5 minit, akhirnya kami tiba ke lokasi yang dituju, iaitu bilik yang telah kami pilih (sebenarnya si isteri yang memilih jenis bilik yang akan kami diami ini, saya ikut sahaja).

Bilik yang kami duduki ini adalah bernombor 604, terletak di persisiran pantai. Jom kita tengok keadaan bilik yang disediakan di sini, di ilustrasikan di dalam gambar dibawah.

 
Katil utama~

 
Almari Baju~

 
 
Beranda yang membolehkan kami melihat dan memancing di pantai~

 
Ruangan meja dan juga TV~

 
Terdapat 2 jenis katil, Katil utama dan juga Katil di tepi tingkap~


Tanpa membuang masa, kita teruskan dengan kawasan bilik air pula.

 
Tempat shower~

 
Kamar kecil~

 
Rak simpanan barangan bilik air~

 
Bath Tub yang menjadi kegilaan kanak-kanak~


~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - Other Facilities ~

 

Selain daripada suasana di dalam bilik yang tersusun kemas, rapi dan teratur, pihak hotel juga turut menyediakan kemudahan WIFI untuk setiap bilik bagi memudahkan para tetamu untuk memuatnaik gambar-gambar dan video-video percutian.

 
 

Sekiranya anda ingin menghabiskan masa di sepanjang percutian anda dengan hanya duduk di dalam bilik dan menikmati suasana yang sungguh tenang, dengan bunyi ombak memukul pantai, maka anda boleh membuat pesanan untuk makan di dalam bilik.

Jika ingin dibandingkan dengan harga makanan di dalam hotel dan di luar hotel, sudah semestinya harga di luar hotel lebih murah. 

**********

 

Bilik Water Chalet yang disediakan disini memang memenuhi citarasa kami, dimana memang sudah lama kami ingin merasai untuk menginap di hotel yang terletak diatas pantai atau laut.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Untuk post yang seterusnya, saya akan lebih berkongsi dengan anda beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik yang anda boleh lakukan bersama-sama dengan keluarga yang tercinta di sini.

Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment