Wednesday 6 June 2018

Garden Seafood Tanjung Malim Review

Perjalanan kami di sekitar Tanjung Malim beberapa bulan lepas (si isteri ingin melihat semula kampus UPSI yang beliau duduki sewaktu zaman bujang dahulu) telah membawa kami untuk singgah dan menikmati hidangan tengah hari.


 

Di Restoran Garden Seafood ini amat terkenal dengan hidangan yang kita jarang temui, dimana banyak pelancong-pelancong dan juga rakyat Malaysia datang ke sini untuk menikmati hidangan yang disediakan disini.

Jom saya kongsikan dengan anda hidangan yang unik, yang telah kami rasai disini.



~ Garden Seafood Tanjung Malim Review - The Menu ~

 

Sama seperti kedai masakan Chinese Muslim yang lain, di Garden Seafood ini juga menyediakan pelbagai jenis hidangan Chinese Muslim yang lazat. 

Hidangan yang paling istimewa disini adalah hidangan Lobster dimana hidangan inilah yang menjadi tumpuan para pengunjung yang berkunjung di Restoran Garden Seafood ini.

 

Untuk menambahkan lagi rasa hidangan di Restoran Garden Seafood ini, pihak restoran turut menyediakan beberapa penambah perasa seperti bawang putih dan cili padi yang telah dipotong dengan kecil.

Memang terbaik.


~ Garden Seafood Tanjung Malim Review - The Special Dishes ~


 

Masuk-masuk sahaja restoran Garden Seafood ini, si isteri sudah teruja dengan kehadiran lobster hidup yang boleh dilihat di dalam akuarium. Apa lagi, terus menjadi pilihan untuk menikmatinya di dalam menu hidangan tengah hari kami.

 

Terdapat 7 jenis masakan lobster yang anda boleh dapati di Restoran Garden Seafood ini; Supreme Sauce, Butter Cheese, Thai Style Grilled, Butter Grilled, Sweet & Spicy, Steamed Garlic and Seasonal Price (mungkin salah eja ni).


Harga pula adalah berbeza mengikut berat lobster tersebut, dimana ianya berharga RM 30 bagi setiap 100 gram.

 

Kami telah memesan pihak kedai untuk memasak lobster kami dengan Butter Cheese, ternyata begitu kuat rasa cheese yang dihidangkan di dalam hidangan ini. Namun, masakan seperti ini menyebabkan isi lobster tersebut agak liat (mungkin memang isi lobster adalah liat).

 
Si cantik dengan kepala Lobster~

 
 
 
Hidangan Lobster Butter Cheese dari pelbagai sudut~

~ Garden Seafood Tanjung Malim Review - Other Dishes ~

Selain daripada hidangan Butter Cheese Lobster, kami juga turut memesan hidangan yang lain untuk dinikmati bersama-sama seperti dibawah.

 
Kangkung Belacan yang berharga RM 10.00 satu hidangan~

 
Nasi Goreng Seafood untuk si kecil yang berharga RM 10.50 sepinggan~


**********

 

Memakan Lobster adalah merupakan pengalaman yang baru bagi kami sekeluarga, dimana pertama kali kami memakan Udang Besar yang kami sendiri tidak mampu menghabiskannya dan terpaksa membawa pulang ke rumah untuk makan malam pula.
Kami memang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan disini. Sekiranya anda mempunyai masa dan inginkan hidangan seperti ini, boleh lah datang ke Restoran Garden Seafood yang terletak di Tanjung Malim ini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment