Wednesday 27 June 2018

Ayer Hitam Hotel Review

Menjelang Pilihan Raya ke-14 yang lepas, kami telah menyertai sebuah aktiviti di sekitar Ayer Hitam, Johor dimana aktiviti tersebut memberikan manfaat kepada penduduk tempatan. Untuk persiapan tersebut, rehat yang secukupnya adalah penting.

 

Kami tiba di sini sehari sebelum aktiviti tersebut berlangsung dan menetap di sebuah Hotel Budget yang bernama Ayer Hitam Hotel, terletak sebelum Pekan Ayer Hitam, Johor.

Diatas urusan kerja, kami hanya menginap di sini semata-mata untuk merehatkan diri dan tidur sahaja.


~ Ayer Hitam Hotel Review - Hotel Lobby ~

 

Kami tiba pada jam 11.00 malam, setelah membuat persiapan di tapak pameran di salah sebuah kawasan R&R di Ayer Hitam. Ruangan menunggu yang disediakan di Ayer Hitam Hotel ini agak luas jika dibandingkan dengan hotel-hotel budget yang lain.

 

Terdapat juga beberapa buah sofa di ruangan menunggu yang anda boleh duduk dan berehat seketika sewaktu urusan pendaftaran.

Harga bilik hotel yang ditawarkan di sini juga bersesuaian dengan kami, di dalam lingkungan RM 150 sebilik mengikut kepada aplikasi yang anda gunakan. Kami menggunakan Expedia dan ianya hanya berharga RM 139 untuk satu bilik bersaiz Deluxe Room.


~ Ayer Hitam Hotel Review - Hotel Deluxe Room ~

 

Bilik untuk Deluxe Room ini mempunyai 2 buah katil; satu katil Queen dan satu lagi katil Single. Keadaan biliknya yang bersih dan tidak berbau ini sudah cukup untuk memenuhi keinginan untuk menikmati tidur yang lena.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa peralatan yang disediakan di dalam bilik ini. Anda boleh merujuk kepada gambar dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 
Rak kasut~

 
Tempat gantungan baju + Cermin~

 
Meja kerja dan juga TV. Terdapat juga minuman yang disediakan oleh pihak hotel (percuma)~


Untuk bilik air pula, terdapat kemudahan seperti Water Heater disediakan untuk para penghuni menikmati mandian panas setelah penat bekerja ataupun memandu.

 

Selain daripada Water Heater, ruangan bilik air yang disediakan sangat bersih dan lantainya tidak basah seperti sesetengah hotel budget ni Malaysia.

**********

Ayer Hitam Hotel ini amat sesuai kepada para pekerja dari luar negeri yang ingin menginap untuk merehatkan diri, dan juga amat sesuai bagi pelancong-pelancong yang ingin melawati beberapa kawasan di sekitar Pekan Ayer Hitam ini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment