Wednesday 20 June 2018

Avillion Water Chalet Port Dickson Review (Part 2)

Selain daripada menikmati ruangan bilik hotel yang sangat menarik (boleh rujuk pada post yang sebelumnya disini), di Avillion Water Chalet Port Dickson Negeri Sembilan ini juga turut menyediakan beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik di dalam kawasan hotel ini.

 

Aktiviti-aktiviti yang disediakan disini mempunyai lokasi dan masa yang tertentu, dimana ianya agak menarik bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil untuk bermain dan berkongsi pengalaman bersama-sama.

Jom saya kongsikan dengan anda aktiviti-aktiviti yang anda boleh dapati di Avillion Water Chalet Port Dickson ini.



~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - The Swimming Pool ~

 

Seperti yang kita ketahui, apabila berada di perkarangan hotel sudah semestinya akan ada swimming pool. Di Avillion Water Chalet ini, terdapat 2 jenis swimming pool dibahagikan kepada bahagian kanak-kanak dan juga bahagian orang dewasa.

Di bahagian kanak-kanak terdapat "water slide" yang pasti memberi kegembiraan kepada anak-anak anda, disamping tahap ketinggian kolam renangnya yang bersesuaian dengan ketinggian anak-anak kecil.

 

Kedalaman di bahagian orang dewasa pula tidak terlalu dalam, dimana ianya adalah sedalam lebih kurang 1.5 meter. Memang bersesuaian dengan kaum wanita untuk berenang bersama-sama.


~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - Batok, Malay Tradisional ~

 

Mengikut kepada tradisi melayu tradisional, di Avillion Water Chalet Port Dickson ini juga menyediakan Batok di beberapa kawasan, terutamanya kawasan sebelum anda memasuki ke kawasan hotel.

Kegunaannya adalah untuk membersihkan kaki daripada kekotoran sebelum anda meneruskan perjalanan ke bilik hotel masing-masing.


~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - Pet Farm ~

 

Bermula seawal jam 10.00 pagi, anda boleh memasuki sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pet Farm untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan ternakan yang didapati di kawasan ini seperti Burung Merak, Arnab dan lain-lain lagi.

 

Namun tidak semua aktiviti yang ada di sini dapat dilakukan semuanya. Ini adalah disebabkan untuk memandikan beberapa haiwan-haiwan peliharaan disini mempunyai waktu dan harinya yang tersendiri.

Berikut adalah beberapa gambar hasil tangkapan kami di sepanjang aktiviti di Pet Farm ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti memberi makan pada haiwan-haiwan peliharaan~


Makanan haiwan yang disediakan oleh pihak hotel~


Peringatan kepada semua~


~ Avillion Water Chalet Port Dickson Review - Touring Avillion Water Chalet ~

 

Memang besar kawasan Avillion Water Chalet Port Dickson ini, dan semuanya sudah kami terokai pada hari yang kedua (kami ambil masa kira-kira 1 jam untuk terokai semuanya).

Berikut merupakan beberapa lokasi yang kami terokai, dikongsikan bersama-sama di dalam post ini untuk memberi manfaat kepada semua~


 
 
Avillion Children's Playground~


 
 
 
Tumasek Beach untuk berenang ditepian pantai~


 
Melihat pokok orkid di Orchid Hut~


 
 
Avi Lounge di kawasan bilik hotel~


 
 
 
Diakhiri dengan berehat di beranda bilik~

**********

Pengalaman kami menginap di Avillion Water Chalet ini memang menarik, namun kami agak kesal kerana terdapat juga beberapa aktiviti yang kami tidak dapat lakukan seperti memancing di beranda bilik.

Sekiranya anda kaki pancing, dan anda ingin membawa keluarga anda untuk merasai pengalaman memancing tersebut, anda boleh membawa keluarga anda ke Avillion Water Chalet. Di sini, anda boleh memancing sesuka hati dari beranda bilik anda.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment