Wednesday 28 March 2018

Yogyakarta Special Edition (Part 3) - Kali Opak Resto, Prambanan

Setelah berpeluh-peluh menerokai Candi Prambanan dan juga Museum Candi Prambanan yang terletak di Yogyakarta, kami seterusnya dibawa oleh Pak Supir untuk menjamu makanan tengah hari di Kali Opak Resto, Prambanan.

 

Kawasan Kali Opak Resto ini dikelilingi dengan kawasan hutan, memberikan satu suasana memakan dengan pemandangan yang penuh kehijauan.

Jom saya kongsikan dengan anda pengalaman kami menikmati juadah tengah hari di sini yang memeranjatkan kami sekumpulan.

~ Kali Opak Resto, Prambanan - The Location ~

 

Terletak dikawasan belakang Candi Prambanan, perjalanan ke Kali Opak Resto ini dari pintu masuk Candi Prambanan mengambil masa kira-kira 20 minit denga menaiki kereta.

 

Di kawasan luarnya kelihatan seperti rumah kampung, dan apabila kami tiba di kawasan ruang makan, ianya bertukar menjadi suasana di dalam taman yang penuh dengan keijauan.


~ Kali Opak Resto, Prambanan - The Menu and Prices ~

 

Semua harga makanan dan minuman yang disediakan di Kali Opak Resto ini sudah semestinya mampu menerbangkan duit anda kerana harganya boleh dikatakan mahal berbanding restoran yang lain.

Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang disediakan di sini.

 
 
 
 
 
 

Memang mampu menggaru kepala kami yang tengah kelaparan ini. Maka, tanpa membuang masa, jom saya kongsikan dengan anda hidangan yang telah kami ambil beserta dengan harga setiap satu.


~ Kali Opak Resto, Prambanan - The 3-Pax Lunch ~

 

Inilah rupa hidangan makanan tengah hari kami pada kali ini, berupa Nasi Puteh (untuk 3 orang yang berharga 40,000 Rupiah / RM 12.00) serta hidangan lauk Kangkung Seafood, Tempe (25,000 Rupiah / RM 7.50), Aneka Sambal, dan Ikan Gurame Bakar.

 
Ikan Gurame Bakar (110,000 Rupiah / RM 33.00)~

 
Aneka Sambal (5,000 Rupiah / RM 1.50)~

 
Kangkung Seafood (40,000 Rupiah / RM 12.00)~

 

Ini pula minuman yang telah kami pesan, berupa Milk Shake Avocado (40,000 Rupiah / RM 12.00), Jus Tembikai (20,000 Rupiah / RM 6.00) dan juga Jus Avocado (35,000 Rupiah / RM 10.50).

**********

Secara keseluruhan, kami telah membayar sejumlah 352,000 Rupiah (bersamaan dengan RM 105.60) untuk hidangan tengah hari kami. Sumpah sangat mahal dengan bilangan makanan yang telah kami pesan.

Saya tidak menyarankan anda untuk datang di sini dan menikmati makan tengah hari ataupun malam kerana masih ada lokasi-lokasi yang menarik untuk anda makan di sekitar kawasan Yogyakarta ini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment