Wednesday 7 March 2018

MRT Station Journey : Stadium Kajang to Bukit Bintang

Post ini berkisarkan perjalanan kami dari Bandar Kajang ke Bukit Bintang dengan menaiki MRT, sebulan selepas pembukaan Stesen MRT oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-Enam.

 

Bertolak dari rumah dengan menaiki Uber ke Stesen MRT Stadium Kajang, sehingga menapakkan kaki di Stesen MRT Bukit Bintang. Ada awalnya, kami hanya ingin merasai pengalaman menaiki MRT di Kajang, tetapi tidak disangka yang kami sampai juga di Bukit Bintang.

Jom saya kongsikan perjalanan dan pengalaman kami sekeluarga menaiki MRT.

~ MRT Station Journey - Kajang Stadium Station ~

 

Apabila tiba di perkarangan Stesen MRT Stadium Kajang, terdapat beberapa kawasan untuk naik ke Stesen MRT Stadium Kajang, dan kami memilih untuk menaiki ke Stesen MRT Kajang dengan menggunakan pintu A.

 

Pintu A ini menyediakan eskelator bagi para tetamu yang inginkan kemudahan tersebut, dan juga tidak jauh dari kawasan perhentian Uber kami.


~ MRT Station Journey - MRT and Train Maps ~

 

Terletak di setiap pintu masuk ke Stesen MRT adalah route perjalanan MRT dan juga beberapa route perjalanan keretapi yang lain seperti KTM, LRT dan lain-lain lagi. Jom kita tengok route-route keretapi yang berhubung dengan stesen MRT ini.

 

Melihat kepada peta ini, perjalanan dari Stesen Stadium Kajang ke Bukit Bintang melepasi 10 perhentian iaitu Stesen Sungai Jernih, Bukit Dukung, Batu 11 Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Suntek, Taman Connaught, Taman Mutiara, Taman Midah, Taman Pertama, AEON Maluri, Cochrane dan Tun Razak Exchage sebelum tiba di Bukit Bintang.

Setelah menerokai peta keretapi yang menarik ini, sudah tiba masanya untuk membeli tiket MRT.


~ MRT Station Journey - Ticket Counter ~

 

Malu bertanya maka sesat jalan. Kami mengambil langkah keselamatan untuk bertanya terlebih dahulu (disebabkan ianya adalah kali pertama kami menaiki MRT) sebelum membuat sebarang pembelian tiket.

 

Diatas tunjuk ajar pekerja yang bekerja di sini, beliau menyarankan untuk membeli tiket dengan menggunakan mesin yang berada disekitar ruangan legar Stesen Stadium Kajang ini.

Perjalanan kami dari Kajang ke Bukit Bintang hanyalah berharga RM 12.00 sahaja (RM 3.00 sehala untuk seorang dewasa). Bagi kami, ianya adalah berbaloi jika dibandingkan dengan membawa kenderaan sendiri ke sana.


~ MRT Station Journey - Waiting for MRT Train ~

 

Kekerapan keretapi MRT pada setiap stesen adalah diantara 10 - 15 minit, bergantung kepada waktu-waktu yang tertentu. Pada waktu yang sangat sibuk, kekerapan keretapi MRT pada setiap stesen mencecah 5 - 10 minit.

 

Setelah menunggu kira-kira 10 minit, maka keretapi yang menuju ke Sungai Buloh pun tiba.


~ MRT Station Journey - Inner MRT Train ~

 

Di dalam keretapi MRT ini memng kekurangan kerusi, dimana kerusi-kerusi yang disediakan hanyalah untuk golongan-golongan yang tertentu seperti orang tua, wanita mengandung dan sebagainya. Oleh itu, dilarang sama sekali untuk bersikap mementingkan diri sendiri ketika menaiki kemudahan awam.

 

Dari cermin keretapi, kami boleh melihat dengan jelan bangunan-bangunan disekitar trek keretapi ini, dimana kami yakin dan percaya bahawa harga rumah di kawasan perumahan tersebut akan melonjak dengan ganasnya.

 

Selain daripada pemandangan yang menarik, anda juga boleh mengetahui perjalanan anda dengan sistem yang berada di dalam keretapi ini. Dengan ini, anda tidak lagi terlajak stesen ataupun terkeluar terlalu awal.

 
Suasana ketika keretapi sesak, dipenuhi dengan penumpang~


~ MRT Station Journey - Bukit Bintang MRT Station ~

 

Setibanya kami di Stesen Bukit Bintang setelah berada hampir 30 minit di dalam keretapi disambut dengan rakyat jelata yang sedang berpusu-pusu untuk ke destinasi masing-masing. Sekiranya anda pertama kali berada di Stesen Bukit Bintang, anda perlu mengetahui satu perkara yang amat penting.

 

Stesen Bukit Bintang ini mempunyai 5 pintu masuk dan keluar, dimana kelima-lima pintu ini akan membawa anda ke lokasi yang berbeza-beza.

 

Bergantung kepada destinasi yang anda tuju, anda perlu mengetahui pintu-pintu yang perlu anda tujui. Bagi kami yang ingin ke Pavilion Kuala Lumpur, kami menghala ke Pintu E dimana terletak agak jauh dengan pintu keluar keretapi MRT.

 
Bergambar acah-acah dalam cerita Korea~

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya menaiki Tren MRT dari Stesen Stadium Kajang sehingga ke Stesen Bukit Bintang. Post saya yang berikutnya pula akan menceritakan pengalaman kami pulang dari Stadium Kajang ke rumah kami dengan menaiki Bus MRT pula.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment