Thursday 15 March 2018

TGI Friday's Restaurant Review

Saya seringkali mendengar daripada perbualan sahabat-sahabat di sekitar saya mengatakan bahawa TGI Friday mempunyai set hidangan yang lazat, lebih-lebih lagi hidangan berbentuk Steak.


Untuk memastikan kesahihan khabar angin yang dikatakan, kami sekeluarga menyinggah di TGI Friday's Restaurant yang terletak di dalam Setia City Mall, Setia Alam.

Adakah ianya benar, ataupun sekadar khabar angin sahaja? Jom saya kongsikan pengalaman kami menikmati hidangan steak disini pada anda.

~ TGI Friday's Restaurant Review - The Menu ~

 

Kebanyakan menu yang disediakan di TGI Friday ini merupakan menu Western, dan harganya sudah semestinya mampu membuat anda menggaru kepala. Namun, tidak semua menu yang ada di TGI Friday ini adalah mahal.


~ TGI Friday's Restaurant Review - Tennessee Steak ~


 

Dihidangkan bersama-sama dengan Sayur-sayuran, Kentang lenyek dan juga sos Tennessee yang unik, tambahan pula dengan daging lembu yang dibakar secara Medium, memang memberikan kelembutan setiap kali kami memotongnya.

Sos Tennessee yang disediakan bersama-sama dengan hidangan ini adalah amat unik, berlainan dengan sos yang biasa kita makan di restaurant-restaurant steak yang lain. Ianya berasa agak manis, dan sangat sesuai dimakan dengan steak.

Harga untuk hidangan ini adalah berbeza mengikut berat. Untuk daging yang seberat 200GM, ianya berharga RM 59.90 dan untuk daging yang seberat 280GM pula, ianya berharga RM 75.90.


~ TGI Friday's Restaurant Review - New York Strip ~

 

Untuk hidangan ini, anda boleh memili sehingga 2 jenis side-dishes untuk dimakan bersama-sama dengan daging anda. Rasa dagingnya yang kaya dan lembut, disertakan cara memanggangnya dalam keadaan Medium ini menjadi pujaan isteri saya.

Mana tidaknya, beliau memang sukakan jagung sehingga mengambil hidangan jagung sebagai side-dishes. Ditambah pula dengan nasi hijau (tidak ingat nama nasi ini), mampu mengenyangkan perutnya yang kecil itu.

Harga untuk hidangan ini juga berbeza mengikut berat. Untuk 200GM berharga RM 57.90 manakala untuk 280GM berharga RM 75.90.


~ TGI Friday's Restaurant Review - Kids Meal ~

Sekiranya anda mempunyai kanak-kanak, ada akan mendapat hidangan kanak-kanak dengan percuma dengan setiap pembelian hidangan orang dewasa. Ini bermaksud, satu hidangan orang dewasa akan mendapat satu hidangan kanak-kanak dengan percuma.

Berikut adalah hidangan kanak-kanak yang boleh didapati di TGI Friday's ini termasuk harganya (sekiranya tidak menggunakan proses diatas).


Kid's Spaghetti
RM 7.60

Kid's Fish and Fries
RM 7.60

Chicken Fingers
RM 7.60

Cornflake Chicken Fingers
RM 8.90

Mac and Cheese Sandwich
RM 8.65

Kid's Pizza
RM 7.90



 
Chicken Fingers~


**********

Menurut kepada khabar-khabar angin seperti yang saya maklumkan di awal post ini, memang hidangan steak disini adalah menarik. Saya tidak mengatakan bahawa ianya adalah steak yang tersedap, namun setiap steak mempunyai daya tarikan dan keunikan masing-masing.

Sampai disini sahaja dari kami. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment