Monday 26 March 2018

Yogyakarta Special Edition (Part 2) - Candi Prambanan Museum, Prambanan

Di dalam kawasan Candi Prambanan, terdapat juga satu kawasan yang menceritakan berkenaan dengan kisah silam Candi ini, termasuk sekali sejarah-sejarah pemulihan Candi Prambanan ini sehingga menjadi Tapak Warisan Dunia.

 

Kemasukan ke dalam Museum ini adalah Percuma sahaja, termasuk di dalam harga tiket yang telah kami beli sebelum ini.

Apakah yang ada di dalam ini? Jom saya kongsikan pada anda semua.

~ Candi Prambanan Museum, Prambanan - Museum's Outskirt ~

 

Di perkarangan tapak Museum ini terlihat beberapa ukiran-ukiran batu yang menyerupai beberapa dewa-dewa yang disembah oleh rakyat tempatan di sini pada suatu ketika dahulu.

Nama dewa-dewa yang disembah adalah seperti di post yang sebelumya >>Part 1<<


~ Candi Prambanan Museum, Prambanan - Wooden Craving Candi Prambanan and Borobudur ~

 

Di dalam kawasan Museum Candi Prambanan ini terdapat beberapa ukiran kayu yang menunjukkan rupa sebenar Candi-Candi yang terletak di sekitar kawasan ini seperti Candi Prambanan (gambar diatas) dan Candi Borobudur (gambar dibawah).

 
 

Sekiranya merujuk kepada ukiran kayu untuk kedua-dua Candi; Prambanan dan Borobudur, ternyata bahawa Candi Borobudur mempunyai senibina dan ukiran yang lebih unik serta terserlah kemegahan sesebuah rakyat pada suatu ketika dahulu.


~ Candi Prambanan Museum, Prambanan - Inner Museum ~

 

Di dalam kawasan museum ini terdapat beberapa sejarah berkenaan dengan Candi Prambanan serta operasi pembaikpulihan semula candi-candi yang telah musnah akibat faktor-faktor yang tertentu.

Berikut adalah merupakan beberapa gambar yang diambil sempena lawatan kami di Museum Candi Prambanan ini. Biar gambar yang membicarakan cerita disebalik Museum ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Museum yang terletak di dalam kawasan Candi Prambanan ini sememangnya memberikan anda ilmu pengetahuan berkenaan dengan sejarah kawasan ini, seterusnya beberapa lagi perkara-perkara yang menarik.

Jumpa lagi di post yang seterusnya. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment