Monday 19 March 2018

Restaurant Hover Kota Bharu Review

Terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu Kelantan, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan masakan tempatan yang dihidangkan diatas meja anda.

 

Sistem di Restaurant Hover ini agak unik jika dibandingkan dengan di kedai-kedai lain, dimana mereka menghidangkan semua makanan yang mereka ada diatas meja dan pengiraan adala berdasarkan lauk mana yang anda ambil dan berapa banyak anda ambil.

Jom saya kongsi pengalaman saya menikmati hidangan tengah hari saya disini.

~ Restaurant Hover Kota Bharu Review - All-in-One Table ~

 

Terdapat lebih daripada satu hidangan yang dihidangkan di sini, dan kesemuanya memang sedap dan lazat. Ingin tahu beberapa hidangan yang mereka sediakan?

 
Sayuran Taugeh Goreng~

 
Telur penyu katanya~

 
Paru-paru goreng~

 
Tidak pasti nama makanan ini~

 
Pedal ayam masak pedas~

 
Ayam kampung masak lemak~

 
Ayam kampung goreng~

 
Sotong Raja masak cili~

 
Macam kari kepala ikan~

 
Udang masak cili~


**********

Sekiranya anda makan disini, anda harus beringat bahawa setiap lauk yang anda ambil akan dikira. Lagi banyak anda ambil, lagi mahal harganya, meskipun anda tidak habis makan (ataupun makan separuh, ianya tetap dikira penuh).

Sampai disini sahaja perkongsian saya. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment