Monday 5 February 2018

Surabaya Travelicious (Part 25) - Pop! Hotel, Surabaya

Setelah selesai menikmati makanan malam di Rawon Setan yang terletak di Kota Malang, kami bertolak menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Pop Hotel yang terletak di Surabaya, yang menjadi tempat kami bermalam pada hari yang keempat.

 

Perjalanan kami yang mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit dari Kota Malang, sejauh kira-kira 95KM ini akhirnya menemukan kami dengan Pop Hotel Surabaya. Bagaimanakah perkhidmatan yang mereka sediakan disini?

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7. Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23, Part 24<<


~ Pop! Hotel Surabaya - The Reception Hall ~


 

Kawasan Reception Hall di Pop! Hotel Surabaya pada ketika ini dihiasi dengan pelbagai dekorasi senpena Perayaan Hari Natal yang akan disambut pada pengakhir bulan Desember nanti.

Keluasan dan tempat duduk di ruangan menunggu yang mencukupi ketika membuat check-in di sini memang memberikan satu kepuasan kepada tetamu yang ingin menginap di sini.

Harga bilik untuk satu malam di Pop! Hotel Surabaya ini lebih kurang 250,000 Rupiah (RM 75.00) sahaja. Ianya sudah semestinya sebuah hotel budget yang murah di kawasan Surabaya ini.


~ Pop! Hotel Surabaya - The Rooms ~


 

Bilik di Pop! Hotel Surabaya ini lebih bertemakan kepada bilik studio dan mencukupi untuk sebuah keluarga yang terdiri daripada 2 orang dewasa dan 2 anak-anak kecil untuk tidur bersama-sama.


 

Selain daripada katil, terdapat juga kerusi panjang yang lembut, sesuai untuk dijadikan tempat tidur orang dewasa. Disebabkan kami hanya datang di sini untuk tidur, maka kami menggunakan kemudahan disini dengan sepenuhnya.


 
 

Selain daripada katil dan juga tempat duduk, di ruangan bilik ini juga terdapat beberapa kemudahan seperti sinki dan tempat gantungan baju di bahagian pintu masuk.


~ Pop! Hotel Surabaya - The Cubic Restroom ~


 

Saya menamakan tandas yang disediakan di dalam bilik ini adalah tandas serbaguna kerana ianya agak special dan hanya memerlukan ruangan yang kecil di dalam bilik ini; dimana anda boleh melaksanakan segala jenis aktiviti pelaburan di dalam ini.

Jangan marah yaaa~


~ Pop! Hotel Surabaya - Breakfast Zone ~

 

Bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 9.30 pagi, anda boleh menikmati sarapan pagi di kawasan Mini Cafe Hotel, terletak di Ground Floor dan dibelakang Receptionist.


 

Hidangan yang disediakan disini berbentuk Buffet dan juga menyediakan hidangan nasi putih sebagai sarapan di sini. Ini adalah kerana kadang kala Hotel ini menyediakan hidangan seperti Nasi Ambeng jika dicampur lauk-lauk yang dihidangkan.


 

Selain daripada makanan yang berat, terdapat juga makanan yang lebih ringan seperti bubur, roti dan beberapa kuih tempatan yang anda boleh makan sebagai sarapan pagi.


~ Pop! Hotel Surabaya - Swimming Pool ~


 

Dari pemandangan bilik kami, kami boleh melihat swimming pool yang terletak di perkarangan kawasan Pop! Hotel Surabaya ini. Namun, untuk ke swimming pool ini, anda tidak boleh menggunakan lif ke lobby utama, tetapi menggunakan lif hotel sebelah.


 

Lif hotel sebelah boleh di access dengan mudah pada setiap tingkat, terletak tidak jauh dari hotel lif Pop! Hotel ini. Lokasi swimming pool terletak di tingkat 5.


 

Untuk memasuki ke kawasan swimming pool, anda memerlukan kupon seperti di dalam gambar diatas. Namun, sejujurnya, saya tidak menggunakannya kerana tidak tahu kepada siapa saya perlu bagi kupon ini...

Apabila sudah berada di tingkat 5, maka bermula lah aktiviti terjun dan berenang-renang oleh si kecil kami.


 
 
 

Terdapat dua kawasan swimming pool yang disediakan di sini; satu khas untuk kanak-kanak (sedalam 0.6 meter) dan satu lagi untuk orang dewasa.


~ Pop! Hotel Surabaya - Hotel Catalog ~


 

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang Pop! Hotel Surabaya  ini, pihaak hotel ada menyediakan katalog untuk para tetamu pada setiap bilik. 


 
 

Di dalam katalog ini terdapat pelbagai informasi yang anda inginkan seperti Penghantaran Makanan ke bilik (termasuk harga) dan sebagainya.


**********

Ini adalah hotel kami yang terakhir pada pengembaraan kami di Bumi Surabaya. Boleh dikatakan bahawa hotel yang kami tinggal disepanjang kami berada disini adalah untuk tidur sahaja dan masa selebihnya adalah berjalan-jalan mengelilingi Bandar Surabaya ini.

Apabila sudah puas bermain air di swimming pool, kami pun bersiap sedia untuk menuju ke destinasi yang seterusnya; iaitu membeli belah sebelum pulang ke tanah air, Malaysia.

Terdapat satu lagi lokasi yang dibawa oleh Pak Supir pada hari terakhir kami disini. Dimanakah lokasinya? Nantikan post saya yang seterusnya, yang juga merupakan post saya yang kedua terakhir di dalam pengembaraan kami di Surabaya ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment