Wednesday 14 February 2018

6 Tips ke Gunung Bromo Surabaya yang anda perlu tahu!

Persiapan awal diperlukan bermula dari Malaysia lagi sebelum anda mendaki Gunung Bromo yang terletak di Surabaya, Indonesia.

 

Di sini saya berkongsikan dengan anda beberapa Tips yang penting dan mustahak sebagai persiapan awal sebelum mendaki Gunung Bromo untuk menikmati keindahan matahari terbit.

~ Tips 1: Membawa Set Pakaian yang Tebal ~

 

Sekiranya anda beranggapan tidak ingin membawa pakaian tebal untuk menaiki Pergunungan Bromo, maka anda telah melakukan kesilapan yang besar.

Di kawasan puncak Gunung Bromo adalah amat sejuk, mencecah kira-kira 14 Darjah Celsius. Baju sejuk yang biasa dipakai sekiranya anda menaiki pergunungan di Malaysia juga tidak mencukupi, dan anda perlu membawa dan memakai beberapa helaian baju lagi didalamnya.

Saya memang terasa amat menyesal sekali dengan memakai baju sweater sahaja, tiada siapa sangka bahawa tempat ini sangat sejuk sekitar waktu subuh.


~ Tips 2: Membawa Penutup Mulut ~

 

Kepada anda yang mempunyai kulit yang sensitif, anda digalakkan untuk memakai penutup mulut ataupun memakai Vaseline di bibir.

Kesejukkan dan angin yang agak kuat kadang-kala menyebabkan mulut anda cepat kering dan mengelupas. Jika tidak ada juga, bawalah kain (scarf) dan jadikan sebagai penutup mulut.


~ Tips 3: Persiapan Mental ~

 

Anda harus menyiapkan mental dan fizikal anda untuk bangun dan bergerak dari homestay atau hotel seawal jam 2 pagi waktu indonesia barat (WIB).

Oleh itu, sehari sebelum anda menaiki Gunung Bromo, anda seharusnya mendapatkan rehat yang mencukupnya meskipun berlangsungnya Liga Piala Eropah ketika itu.


~ Tips 4: Kenderaan ke Gunung Bromo ~

 

Sekiranya anda menyewa kenderaan biasa untuk melancong di Surabaya, maka anda harus tahu bahawa kenderaan tersebut tidak dapat digunakan untuk menaiki ke kawasan Pergunungan ini.

Kenderaan yang anda harus gunakan adalah merupakan Jeep kerana keadaan jalannya yang sangat tidak sekata dan tidak selamat untuk kenderaan yang anda sewa tersebut.

Aktiviti berlumba-lumba oleh Pak Supir ketika berada di kawasan pergunungan untuk merebut lokasi parkir yang strategik juga menjadi salah satu sebab anda tidak boleh membawa kenderaan biasa anda.

Silap haribulan, memang anda tidak sampai di puncak Gunung Bromo.


~ Tips 5: Lokasi menunggu matahari terbit ~

 

Terdapat beberapa lokasi untuk anda menunggu ketika berada di puncak Gunung Bromo, dimana sekiranya anda datang di dalam kelompok yang besar, anda boleh menyewa tempat duduk yang mempunyai unggun api.

Meskipun kehangatan yang dikeluarkan itu tidak seperti yang dijangkakan (ingatkan boleh panas satu badan, tetapi panas kat bahagian kaki sahaja), ianya sudah mencukupi untuk memanaskan beberapa bahagian kecil dari kesejukan satu badan.


~ Tips 6: Membawa Lampu Suluh ~

 

Kawasan sekitar puncak Gunung Bromo ini memang gelap sebelum matahari terbit. Banyak dikalangan pengunjung yang datang ke kawasan ini membawa lampu suluh, tetapi kami hanya menggunakan flashlight dari telefon bimbit sahaja.

Keterangan dari flashlight telefon bimbit kami pun sudah cukup untuk menerangi jalan yang kami lalui. Untuk mengelakkan daripada kekejangan tangan, maka pakailah sarung tangan yang bersesuaian

**********

No comments:

Post a Comment