Friday 23 February 2018

Fatburger IOI City Mall Review

Tidak kami sangka terdapat juga kawasan di dalam IOI City Mall Putrajaya yang kami masih belum terokai meskipun setiap minggu datang ke sini untuk berjalan-jalan dan membeli belah.

 

Di Ground Floor, terdapat sebuah kawasan yang terletak di luar IOI City Mall yang menyediakan pelbagai jenis kedai-kedai makanan, dan salah satunya adalah FatBurger ini.

Apakah yang membezakan Fatburger ini dengan kedai-kedai Fast Food yang lain?

~ FatBurger IOI City Mall Review - Menu and its Price ~

 

FatBurger yang telah ditubuhkan sejak 1952 ini telah memasuki Malaysia, dimana FatBurger ini tidak banyak di sekitar Lembah Klang.

Berikut adalah harga burger yang special disini, dikenali dengan nama FatBurger.

The Fatburger Single
RM 14.95

The Fatburger Double
RM 22.95

The Fatburger Triple
RM 30.95

The Fatburger Quad
RM 38.95

Meskipun namanya sama, tetapi terdapat istilah Single, Double, Triple dan Quad yang membawa kepada harga yang berbeza. Ianyanya merujuk kepada kuantiti daging burger yang dihidangkan (Single - 1 daging; Double - 2 daging; Triple - 3 daging; Quad - 4 daging).

Untuk mendapatkan hidangan French Fries dan juga air, anda harus menambah RM 7.50 sahaja.


~ FatBurger IOI City Mall Review - The Fatburger Double Set ~

 

Hidangan Set FatBurger Double yang berharga RM 30.45 (tidak termasuk 6% GST) ini terdiri daripada Fatburger Double (2 keping daging), French Fries dan juga minuman.

 

Inilah rupa burger FatBurger Double yang mengandungi 2 kepingan daging, disertakan dengan sayur-sayuran seperti salad dan juga tomato. Rasa dagingnya pula lembut dan tidak terlalu kering, sama seperti daging burger yang boleh didapati di Burger King.

 

Apa yang menarik perhatian kami adalah saiz French Fries yang disediakan di sini, diberi nama FatFries. Ianya memang besar lebih kurang 3 kali ganda jika dibandingkan dengan French Fries yang selalunya didapati di kedai-kedai yang lain.


~ Fatburger IOI City Mall Review - The Challenge ~

 

Terdapat juga cabaran yang dikemukakan oleh pihak Fatburger dimana sekiranya anda berjaya menghabiskan hidangan Fatburger Quad di dalam masa 7 minit, mereka akan membayar anda semula harga Fatburger Quad itu.

Namun, menurut kepada kawan saya yang pernah menyahut cabaran tersebut, bayaran tersebut adalah berbentuk voucher dan anda hanya boleh gunakannya pada sesi seterusnya (bukan percuma untuk menyahut cabaran ini dimana anda perlu membayarnya terlebih dahulu).

Adakah anda seorang yang berani untuk menyahut cabaran dari Fatburger?

**********

 

Secara kesimpulan, kelazatan hidangan di Fatburger ini adalah hampir dengan Burger King namun jika dirujuk kepada harga menu yang dikenakan, Harga di Fatburger ini ternyata lebih mahal dari Burger King.

Namun ianya menjadi kepuasan kami apabila sebuah burger ini dikongsi bersama-sama dengan yang tercinta.

2 comments:

  1. Boleh tahan harga dia ea. Tp fries dia memang gebu habis. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ternyata jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga-harga burger di kedai-kedai yang seangkatan dengannya.. Huhuhu..

      Delete