Monday 12 February 2018

Pekej bajet ke Surabaya 5H4M dengan berbekalkan RM800 seorang

Dengan berbelanjakan sebanyak RM 800 seorang, anda boleh menikmati perjalanan yang menenangkan dan menarik di 20 lokasi menarik di sekitar Surabaya, daripada kawasan bandar sehingga ke kawasan pedalaman.

 

Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan dengan anda lokasi-lokasi yang telah kami pergi dengan hanya berbekalkan RM 800 seorang (kami pergi secara berkumpulan, terdiri daripada 7 orang dewasa dan 4 kanak-kanak).

Saya mulakan dengan Hotel-hotel yang kami tinggal disepanjang 5 hari dan 4 malam disini.

~ Surabaya Budget Hotel No 1. Walan Syariah Hotel, Surabaya ~

 

Ini adalah merupakan hotel yang pertama kami duduki, terletak tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya. Perjalanan selama 2 jam di dalam kapal terbang yang sudah cukup memenatkan menyebabkan kami mengambil hotel ini sebagai persinggahan malam pertama kami.



~ Surabaya Budget Hotel No 2. Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ~

 

Terletak di kaki Bukit Bromo, Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ini merupakan tempat penginapan kami pada malam yang kedua. Suasana di sini agak sejuk dan menenangkan.



~ Surabaya Budget Hotel No 3. Kampung Lumbung Boutique Hotel, Kota Batu ~

 

Lokasi penginapan kami pada hari yang ketiga ini lebih memfokuskan aktiviti kanak-kanak untuk bermandi-manda di kolam renang yang telah disediakan di sini.



~ Surabaya Budget Hotel No 4. Pop! Hotel Surabaya ~

 

Malam yang keempat juga membawa kami ke sebuah hotel yang lain, tetapi hotel ini telah mencetuskan beberapa idea yang kreatif dan inovatif pada sesetengah pihak.



****************************************

~ Surabaya Budget Foods No 1. Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh ~

 

Pertemuan pertama kali di Surabaya Indonesia ini dengan menikmati hidangan makanan tradisiona yang terkenal di Indonesia, tidak lain tidak bukan adalah hidangan Ayam Penyet.



~ Surabaya Budget Food No 2. Bromo Bakso Kita ~

 

Telah mendapat panggilan daripada kawan saya yang pernah ke Bormo untuk merasai makanan Bakso menyebabkan kami singgah di sini dan menikmati hidangan Bakso di kaki Gunung Bromo.



~ Surabaya Budget Food No 3. Warung Soto Bathok Bromo ~

 

Terletak di perkarangan kaki Gunung Bromo, Warung Soto Bathok ini menyediakan hidangan tradisional seperti Ayam Penyet, Ayam Bakar dan lain-lain.



~ Surabaya Budget Food No 4. Warung Ma'Um Tongas ~

 

Lokasi tengah hari kami setelah penat menerokai Puncak Gunung Bromo di Tongas, sebelum meneruskan perjalanan ke Omah Kayu yang terletak di Gunungsari.



~ Surabaya Budget Food No 5. Pujasera HC Putra 1, Surabaya ~

 

Lokasi makan tengah hari kami pada hari yang keempat setelah berpenat lelah berjalan-jalan di Jawa Timur Park 2 (JATIM Park 2). Ianya merupakan gabungan beberapa kedai makan yang menyediakan hidangan tradisional.



~ Surabaya Budget Food No 6. Toko Oen, Malang ~

 

Lokasi untuk merasai ice cream yang dibuat sendiri di Surabaya. Harganya boleh tahan mahal jika dibandingkan dengan kuantiti yang dihidangkan.



~ Surabaya Budget Food No 7. Rawon Setan, Malang ~

 

Istilah Setan yang berada di sekitar kawasan ini lebih tertakluk kepada tahap kepedasan sesebuah hidangan. Di sini, hidangan sup daging yang pedas boleh didapati dan dinikmati sehingga dibanjiri dengan peluh.



****************************************

~ Surabaya Budget Trip No 1. Bromo Mountain ~

 

Menikmati terbitnya matahari dari puncak Gunung Bromo ini memberi satu pengalaman yang berharga kepada kami. Jikalau anda ingin ke sini, dinasihatkan supaya membaca bekalan baju yang amat tebal.



~ Surabaya Budget Trip No 2. Crater of Bromo Mountain ~

 

Di kawasan ini anda boleh menunggang kuda untuk melihat kawasan kawah gunung berapi Bromo. Di kawasan ini juga agak sejuk lebih-lebih lagi di waktu pagi.



~ Surabaya Budget Trip No 3. Teletubbies Hill, Bromo ~


Sebuah lokasi yang amat cantik pada suatu ketika dahulu, sebelum disambar api akibat perbuatan pengunjung yang tidak memadamkan api putung rokok ketika melakukan lawatan disini.



~ Surabaya Budget Trip No 4. Sand of Whisperer (Pasir Berbisik) ~

 

Terletak di dalam kawasan gunung berapi Bromo yang aktif, dimana kenderaan adalah dilarang sama sekali untuk memasuki kawasan ini.



~ Surabaya Budget Trip No 5. Omah Kayu, Gunungsari ~

 

Kawasan yang agak terkenal dikalangan pelawat-pelawat dari luar negara mahupun dari dalam negara sendiri. Omah Kayu ini terdiri daripada beberapa rumah kayu yang terletak di lereng bukit.



~ Surabaya Budget Trip No 6. Coban Rondo Waterfall ~

 

Terdiri daripada 2 bahagian; bahagian luar (kawasan rekreasi) dan juga bahagian dalam (air terjun). Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini.



~ Surabaya Budget Trip No 7. Jawa Timur Park 2 (JATIM Park 2) ~

 

Terdiri daripada 3 bahagian utama; Zoo, Theme Park dan juga Kids Zone. Kami sekeluarga berada di sini selama 4 jam, namun masih tidak mencukupi dengan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan.

-Klik untuk membaca post penuh-


~ Surabaya Budget Trip No 8. Museum Satwa ~

 

Mempunyai pelbagai jenis haiwan-haiwan yang tidak hidup di dalam Museum Satwa ini. Memang banyak ilmu pengetahuan yang kami dapati disepanjang satu jam kami berada di dalam Museum ini.



~ Surabaya Budget Trip No 9. Kampung Warna Warni Jodipan ~

 

Bermula dari sebuah perkampungan yang tidak sihat, Kampung Jodipan ini telah mendapat imej baharu dengan keindahan alam sekitar dan juga beberapa lukisan yang menarik untuk para pengunjung.



~ Surabaya Budget Trip No 10. Jambatan Merah Plaza ~

 

Lokasi terakhir kami sebelum beransur pulang ke Malaysia. Di sini, kami dapat merasakan perbezaan pusat-pusat membeli-belah di Indonesia dan juga di Malaysia.


**********

8 comments:

  1. Salam tuan, sepanjang di Surabaya tuan menguunakan khidmat supir ke?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan/puan,

      Ya, kami memang menggunakan perkhidmatan Supir ketika berada di Surabaya.

      Delete
    2. boleh bagi no contact supir dan berapa yang diorang caj

      Delete
    3. Boleh cari di FB dengan nama "Pranoto Didik" atau link FB beliau seperti dibawah;

      https://www.facebook.com/profile.php?id=100007636097937

      Delete
  2. Blh bri ctant supir yg tuan gunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari di FB dengan nama "Pranoto Didik" atau link FB beliau seperti dibawah;

      https://www.facebook.com/profile.php?id=100007636097937

      Delete
  3. Salam... Bagaimana jika mau travel solo ke surabaya.
    Terutama transpotnya, pengangkutan awam... From KB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak pernah lagi ke Surabaya secara keseorangan. Saya tidak dapat membantu tuan berkenaan dengan perkara ini.

      Delete